Jika kita memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kita mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kita lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kita dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kita memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kita menjaga hatinya. Janganlah sesekali kita terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kita dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kita.
Jika kita menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluan kita. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kita menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang.
Begitu juga jika kita memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kita terlalu mengaguminya dan janganlah kita menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Kerana apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kita untuk menerimanya. Akhirnya kita kecewa dan meninggalkannya.
Jika kita telah memiliki sepinggan nasi yang kita pasti baik untuk diri kita. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kita berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan? nanti nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal..
Begitu juga jika kita telah bertemu dengan seorang insan yang kita pasti membawa kebaikan kepada diri kita. Menyayangi kita. Mengasihi kita. Mengapa kita berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan? nanti kita akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kita juga yang akan menyesal..
P/s : Artikel ni Khas Untuk Cyn dan Sahabat2 Ku.. :)
Sumber : Artikel Virtual Friends
No comments:
Post a Comment