Thursday, November 20

Menyerang Semula

Dah seminggu batuk saya ni tak baik2. ubat dah abeh sebotol dah. kena pi klinik gak nampaknya. kata cyn saya kena makan antibiotik baru bleh baik. so semalam pas maghrib saya pi aa klinik hanita. jumpa ngan doktor apa tah nama dia. doktor baru rasanya sebab sebelum ni tak penah nampak pun. senyum je bila cakap. baik betul. cam biasa dia tanya,

dr : apa kabar? (sambil senyum ceria)
saya : baik (sambil balas senyum), emm..saya batuk (senyum lagi)

Sambil belek kad laporan saya yang ada atas meja katanya "last bulan ogos aritu pun batuk jugak kan" saya angguk kepala.

"ok pusing belakang" katanya sambil ambek stateskop (betul ke ejaan ni?) "sorry ye" katanya sambil suruh saya tarik nafas.

Sambil senyum dia tanya "ada asma ye?"

"Dulu kecik2 memang ada, tapi sekarang cam dah tak der" jawab saya. "sebab sekarang kalau saya lari ke apa ke tak der aa tercungap2 pun. setahu saya asma tak bleh hilang kan doktor? " saya tanya.

"Asma ni akan hilang dengan sendirinya dalam masa 8 - 10 tahun. tapi kadang2 dia akan datang balik selalunya bila mengandung or kita stress" terang doktor tu panjang lebar juga sambil senyum.

"Orang yang ada asma ni biasanya kahak dia pekat. so orang yang ada asma ni tak bleh makan ubat selesema sebab ubat selesema akan memekatkan kahak" terangnya lagi.

"Ooo..patutnya kalau saya batuk saya rasa kahak saya pekat" kata saya. "that y la.." jawab doktor sambil senyum.

"Oklah saya bagi ubat batuk, antibiotik, ubat mencairkan kahak ngan ubat demam yer" doktor kasi deskripsi kat saya.

"Ubat demam?" tanya saya. "Saya demam ke doktor?"

Doktor tu check suhu badan saya kat telinga. sambil geleng dia cakap "awak tak demam tapi ubat demam tu just in case kalau awak demam nanti" terangnya.

Lepas ambek ubat saya pun balik. sampai umah makan sup pastu makan ubat. setengah jam mata dah tak bleh bukak so tido. good night!

2 comments:

elcynthia 엘신티아 said...

eija, boleh cuba buat air lemon + madu asli. kalau asma atau batuk, perlu elak lah makan buah oren. membuatkan batuk semakin teruk tuh! jaga diri!!

crisda79 said...

TQ elcy..cam mak kasi nasihat kat anak je rasa hehe..

Lilypie Next Birthday Ticker