Friday, September 26

SALAM SYAWAL 1429

Assalamualaikum wbt…


Buat semua yang akan menyambut Syawal
ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada saya

Pada yang MEMANDU UNTUK BALIK KAMPUNG hati2 memandu.

Pada yang MENAIKI KENDERAAN AWAM periksa tiket betoi2, kang tak pasal2 tak balik raya.

Andainya..

TERkasar bahasa

TERsilap bicara

TERumpat bila-bila

TERtanya tak tentu hala

TERsasul yang tak sengaja

TERpinjam harta-benda

TERmacam-macam lagi yang kena mengena..
Mohon Maaf Zahir dan Batin


Semoga bergembira beraya
di samping keluarga serta sanak saudara tercinta.


Salam Syawal 1429
Dari,
.:Eija a.k.a crisda79 with Love:.


Nota Tangan Kanan :
+ Saya akan bercuti dari 27/9 - 6/10

Thursday, September 25

Kaki GACOS

Kul 11.30 tadi pi inspen. ada presentation kat sana. duit..duit.. blink! blink! haha.. dan yang ado ni lah keje kitaorg. mengambil gambar kasut n kaki masing2. iryd pakai kasut baru lagi. jeles ni! bila saya nak beli kasut baru plak ni..



Wednesday, September 24

Perancangan Yang Tak Jadi

Saya tak tau naper saya tak masuk kan citer ni awal2 dulu. patutnya saya dah masuk kan 12hb aritu lepas saya, ira, cik amani n cyn jumpa dia untuk kali terakhir untuk ucapkan tahniah sebelum dia pindah ke tempat baru.

tapi semalam jumpa iryd dia cakap,

"Dr. tak jadik pindah. dato' KSU tahan dia.."

Ini rupanya yang nak jadik. saya jumpa dia pagi2 buta tadi. sempat berborak2 dengannya.

"saya tak jadik pindah" katanya. "dato' KSU bebetoi fight untuk saya kekal kat sini." sambungnya.

"ye ke?" kata saya agak terkejut. "baru nak seronok2 kan Dr." kata saya lagi.

"itulah, kita dah rancang macam2 kan kalau saya pindah, tiba2 tak jadik plak" katanya sambil gelak2.

"bukan Dr. dah lapor diri ke kat sana?" tanya saya.

"a'ah" jawabnya.

"tapi JPA dah batalkan surat tu lepas dato' KSU mintak saya dikekalkan kat kementerian ni. saya dah dapat surat pun.." tambahnya.

"nasib baik batal pertukaran je, tak batalkan kenaikan gred" katanya dan kitaorg sama2 gelak.

W/pun Dr. tak jadik pindah saya nak gak letak gambar yang kitaorng ambek konon2 nyer gambar terakhir kitaorg dengannya sebelum dia pindah ke tempat baru. haha..

Tahniah untuk kenaikan gred Dr. Azim w/pun tak jadi pindah ke tempat baru!

Tuesday, September 23

Semangat Raya

Raya tinggal lagi 7 hari lagi. entah naper saya langsung tak rasa semangat raya tahun ni. apa saya pikir? tak der pikir apa pun. nak kata bz keje pun tak der aa sangat. tapi persiapan raya bleh tahan gak. banyak gak beli biskut n baju raya. cam ner nak masukkan semangat raya dalam diri ni? saya rasa saya dah jadik orang tak berperasaan semula kot. sebab tu langsung tak der rasa apa2.

Nak bersesak2 pi param (baca : Pasar Ramadan) pun malas. tahun2 lepas nafsu membeli sangat mengujakan. tapi tahun ni saya bleh pusing param 2 kali tapi satu benda pun tak beli. semua makanan bagi saya tidak menarik. akhirnya saya masak je kat umah. senang citer. sendiri masak sendiri makan. tak sedap tak bleh komplen. Tu je lah benda yang paling mengujakan iaitu mencuba pelbagai resepi untuk buka puasa.

Bersesak2 di jalan TAR pun saya malas tahun ni. masa nak beli kain pasang untuk dibuat baju raya aritu saya bleh berjalan 2 kali dari wisma kimball sampai depan masjid india. tapi satu kain pun tak dapat. semua kain2 yang dipamerkan tak cantik pada mata saya. akhirnya saya ambek keputusan berjalan kali ketiga n ambek je kain yang ada depan mata. tak yah nak pilih2 lagi.

Saya rasa saya ada masalah mata lah. bukan masalah semangat raya. haha..

Jam Sardin

Semalam saya pi shah alam. pi antar 1 lagi IP. borak punya borak ngan PUU sedar2 dah pukul 4.50 ptg. alamak! abeh la jam nak balik putrajaya. kelam kabut saya balik. sampai kat atas fly over nak masuk highway elite jam. nasib baik ada abang trafik jaga. so lancar sket la. saya pandang kiri kanan banyak nyer kete. lupa nak ambek gambar. dah tak nampak jalan dah. nampak kete je.

First time ni balik keje tempuh jam. tak der aa jam sangat sebenarnya. kete tak gerak coz traffic light je. kalau tak der traffic light rasanya tak der aa jam pun. maklum aa duk kat putrajaya. balik pun tak lalu jalan utama. balik ikut jalan2 tikus bak kata yatt dalam roda bersama proton aritu. Dulu masa duk kl pi keje jalan kaki. langsung tak tau pasal jam2 ni n masa tu tak reti lagi bawak kete. lagi aa jakun pasal jam. haha..

Kalau rasa jam pun masa nak naik tren je. tu bukan jam. tu sardin. dulu saya penah keje as cashier kat klcc. mula2 keje dulu kalau kena masuk keje kul 8 tak der nyer dapat naik tren pertama. sure tren2 ke3 or ke4 baru aa dapat naik. masa memula konon2 nyer takut aa nak rebut2. bila dah keje sebulan taring sudah tumbuh. mentang2 badan kecik kan. menyelinap je celah2 org. nak gak naik tren pertama tu. sudahnyer muka hampir penyek depan pintu tren tu. haha.. sabar2 2 station je nak sampai klcc (saya naik tren kat damai turun kat klcc). bila pintu terbukak je kat ampang park org akan nampak saya dulu. rasa glamer plak orang serbu2. haha..

Monday, September 22

Dia Lebih Tahu

+ Bila Allah cepat makbulkan doamu, Dia menyayangimu


+ Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia mengujimu


+ Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.


Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.

Friday, September 19

Minat|Suka|Sayang|Cinta

MINAT - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. (dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan?)

SUKA - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu?(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekiranya buah pinggang kita dah nak pecah?)

SAYANG - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

CINTA - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa MINAT, SUKA dan SAYANG kita tidak akan CINTA pada seseorang itu.

Thursday, September 18

Nombor Bertuah

Yanie call tanya pasal dokumen yang dia kirim pada saya pagi tadi. oh! baru teringat. nasib baik dia call. katanya dia akan turun ambek. tak lama pastu saya nampak dia datang berlenggang masuk ke dalam unit saya. katanya,

"kak ija punya no. phone mesti ada 64 kan, no. office ada 64, no. h/phone pun ada 64"

ligat kepala otak saya berpikir. apa plak kaitannya nombor ngan dokumen tu. oo..baru paham. takder kaitan rupanya. haha.. a'ah ek. betoi gak. no. office saya 03-88xxxx64, no hp plak 01x-25xxx64. saya tak penah perasan pun selama ni. spontan saya menjawab,

"agaknyer no. 64 tu bertuah kat aku kot"

Wednesday, September 17

Konon2 Nyer..

Terlepek2 depan pc sehari ni. kejenyer konon2 cuba membuat header untuk blogku ini lah. amacam? macam tak baper kreatif kan. ala..cukup aa tu. sakit mata saya ni duk mengadap pc ni dari tadi. lain kali saya akan berusaha lebih bagus lagi. kira ok aa bagi org yang baru nak try2 kan.jadik le dari tak der. at least bertukar gak header saya tu.

Memula buat yang ni. dah cantik dah. tapi resolusi kecik plak. bila letak jadik header tak cantik sebab kecik sangat. bila besarkan resolusi gambar jadik agak kelabu. so cancel yang ni.

Yang ni tak baper cantik n resolusi pun kecik. try besarkan pun jadik agak kelabu gak. so dapat idea. besarkan resulusi dulu pastu baru edit2. hasilnyer..

Selepas seharian ini je yang dapat. ni pun tak cantik sangat. agak kelabu gak. cukup aa. berpinar dah mata. esok2 kalau rajin saya try aa buat lagi. (tapi macam maleh je dah haha..)

Nuzul Quran

Bangun seperti biasa pagi tadi. sunyi betoi. tak dengar bunyi kakak sebelah umah tutup pintu van dia. siap2 terus kuar. pintu umah kakak sebelah umah tutup. pagar pun tutup. kete semua tak der. patut aa tak bunyi pintu van ditutup pagi ni. maklum aa cuti nuzul quran. may be dia balik kampung kot.

Pi panaskan enjin kete tengok semua kete penuh lagi depan umah masing2. aiks betoi ke arini keje ni. kang saya sorang je pi keje plak kang. malu plak rasa. selalu kalau saya kuar dalam 7.15 tu masing2 jiran2 pun semua kuar dari umah nak pi keje. tetiba nampak akak kat seberang jalan kuar nak pi keje. dia pakai tag kementerian. hah! betoi la putrajaya keje arini. selangor je cuti.


Jalan pun lengang je. selalu tu penuh gak la kete. sunyi betoi rasa. ada aa 4 5 buah kete je lalu.

Sampai putrajaya baru aa nampak kete banyak sket. konfirm arini putrajaya keje. sebab selangor cuti susah aa gak nak wat keje coz keje kitaorg banyak bersangkut dengan selangor. tak per aa. rilek sehari la. tapi kalau setakat pi site tu bleh je. nak pi PTGS tak bleh la.

Kuiz Yang Ada Mata & Telinga




Your Blogging Type is Artistic and Passionate



You see your blog as the ultimate personal expression - and work hard to make it great.

One moment you may be working on a new dramatic design for your blog...

And the next, you're passionately writing about your pet causes.

Your blog is very important - and you're careful about who you share it with.



Pandai aa quiz ni. cam mana dia tau apa perasaan saya kat blog saya yang chantek ni. saya rasa dia ada mata & telinga la. sebab tu dia bleh tengok n dengar apa yang ada dalam hati saya. huhu..

Monday, September 15

Memasak Dengan Cemerlang

Tarikh : 12 September 2008 (Jumaat)
Tempat : Rumahku Syurgaku.. haha..

Bubudak GACOS nak datang bukak puasa kat umah. beria2 ni suh saya masak. yelah saya masak la. tengahari tu pi aa jusco equine beli barang2 nak masak. beli kerang sebab nak buat rendang kerang. pastu beli beberapa jenis sayur untuk buat masak air. siap tepon mak tu tanya sayur apa yang sesuai kalau nak buat masak air.

Pukul 5.00 tepat je saya dah ada kat tepi punch card. nak balik cepat punya pasal ni. takut tak sempat nak masak je. buat rendang tu lama nak masak nya. nak kena kopek kulit dia lagi. sampai umah je terus rebus kerang. pasang api kuat2 supaya cepat masak. sementara tu potong2 bahan2 utk buat rendangnya. siap rebus kerang nak kopek plak. sumbing kuku saya sebab kopek kerang. haha.. nasib baik kuku panjang.

Siap2 blend semua bahan masuk semua dalam kuali. pasang api hah! lega siap dah satu masakan. tetiba saya tengok rendang tak mengelegak pun. padahal api sekuat mungkin dah pasang ni. huh! gas abeh. Memang dugaan betoi la nak masak petang tu. tengah dok terbongkok2 mengeluarkan gas cyn balik. terus suh dia beli gas. saya dah risau. dah kul 6.20 ni. rendang tak masak lagi. sayur pun tak masak lagi. sempat ke ni..iskk..

6.30 camtu cyn balik bawak gas. kelam kabut angkat gas sebab dah lambat. pasang api kuat giler ni sebab nak kasi cepat masak. dalam 20 minit dah siap. hehe..teknik baru masak rendang. pasang api kuat2 tapi penat aa mengacau. kalau tak nanti hangit plak rendang ku. cyn siap cakap sedap rendang tu nanti sebab susah nak buat. haha..

(gambar cilok dari blog iryd)

Siap masak rendang duk kelam kabut masak sayur plak. pastu buat air. argh! tak solat asar lagi. kasi betton kat cyn suh hidang. tak kan nak suh tetamu hidang plak kan. cyn menjalankan tugasnya dengan cemerlang. haha..

Kul 7.10 bebudak GACOS datang. bawak berbagai2 jenis kuih dan air. masuk lepak tak sampai 5 minit azan. saya makan kurma je pastu tak tahan panas. maklum aa buat keje kelam kabut. terus mandi n maghrib. siap solat je kuar dari bilik bebudak ni menjerit "tepukan untuk tukang masak kita!" haha.. terharu saya..


TQ lah sebab sudi datang berbuka puasa dengan saya kat umah yang tak sepertinya ni. lain kali kalau nak datang makan cakap la. saya bleh masakkan yang lain plak. i love cooking very much! lagi2 kalau org puji saya masak sedap. tapi saya tak penah masak tak sedap ok. cuma kadang2 termasin je. maklum aa bulan2 puasa ni. mana bleh nak rasa kan. cyn cakap saya nak kawen coz masak masin. so saya balas balik, dah puluh2 kali aku masak masin sampai arini tak kawen2 pun. haha..

Friday, September 12

Sesuka Hati & Ikan Makan Kaki

Tadi pi jusco equine. masa tengah jam2 tu tetiba terperasan van ni. korang perasan tak apa yang saya perasan? tengok aa sticker P dia tu. main tampal sesuka hati je. janji ada kata org. nak cepat sangat aa tu. sampai tampal sticker P pun kat main lekat je. janji melekat. apa la..

kat jusco tu saya beli sayur n lauk untuk masak malam ni. ada org nak datang katanya. haha.. abeh soping dah penat. duk melepek ngan cyn kat depan jusco. ada spa ikan kat situ. ikan2 tu makan kulit2 mati kat kaki kita. fish bite's katanya.

Cyn cuba. katanya kaki penat. sajer try sementara menunggu ira ngan cik amani bersoping2. saya tanya apa rasanya. dia cakap memula tu rasa geli gak. ikan tu gigit2 kaki dia. pastu dah ok. banyak betoi ikan kerumum kaki dia. mesti banyak kulit2 mati kat kaki dia tu. haha..

Tara.. cyn kata kakinyer dah tak lenguh n dah cantik. haha.. yelah ko. aku tengok sama je. huhu..

Rupa-rupanya..

Subuh tadi bangun dalam kul 3.45 pagi. konon2 nyer beramal ibadat la. maklum aa bulan2 puasa ni. bangun2 dengar bunyi hujan. oo hujan patut aa agak sejuk. semalam balik terawih panas. so saya tidur tak pakai selimut pun. just pakai stoking. selalu pun yang sejuk kaki saya je. badan sejuk bleh tahan lagi. tapi kalau kaki sejuk alamat tak bangun aa esoknya. kaki saya kejang. sakitnyer tuhan je tahu. Tak der la lebat pun hujan nyer. bunyi pun slow je.

Pagi tadi bukak pintu je huh! kete saya dalam garaj basah. selalu kalau sampai kete dalam garaj dah basah tu namanya hujan lebat. jalan memang basah la. saya nampak abang kat depan umah siram air kat kete dia yang jugak dalam garaj. ni memang ujan lebat ni. lepas panas enjin saya jalan. tiba2 saya nampak khemah dekat tadika kat area umah saya tu terbongkang. dah keluar dari pagar n sket lagi nak masuk parit. ribut ke apa malam tadi ni.

Lalu plak kat pasar ramadan kat area umah saya tu. wah! abeh ni semua payung2 n meja2 tunggang terbalik. sah! memang semalam ada ujan yang lebat dan angin yang kuat. tapi.. cam ner saya bleh tak sedar ek? tidur mati betoi aa saya ni. ni memang kalau bom jatuh pun tak sedar ni. haha..

Thursday, September 11

Bara Dah Nak Jadi Arang Dah Ni..

Terawih semalam adalah terawih paling membarakan hati saya selama saya terawih tahun ni. wah sangat marah ni. dah jadik balik cam tahun lepas. ada plak budak2 berlari masa kita tengah solat dalam surau. bisingnyer tuhan je yang tau. 10 malam sebelum ni tak der pun cam malam tadi. dah malam ke 11 ni dah jadik balik. memula aritu saya duk sonok aa. may be dah ada yang tegur budak2 tu supaya jangan bising dalam surau. so surau senyap je. rupanya jadik balik.

Cakap tak tapis2 ni. bleh dengar apa yang diorang borak masa tengah solat. cakap kuat plak tu. dah aa ramai. yang paling buat saya membara masa imam kasi tazkirah. suara diorang lagi kuat dari imam tu. kalah ni imam pakai pembesar suara. apa imam cakap tak dengar dah. dengar suara diorang je. astafirullah.. nampak sangat saya tak khusyuk solat kan. ni semua diorang punya pasal. rasa cam nak menjerit pun ada kat diorang suh senyap.

Tiap2 kali pas abeh 2 rakaat terawih saya perasan ramai yang berpaling ke belakang. saya tau ramai yang marah sebab bising. tapi yang pelik tak der plak yang tegur. patutnya yang belakang tu tegur la. tak kan aa kitaorg yang kat depan ni nak menjerit tegur kot. budak2 tu kita kena tegur lembut2. kalau tak kang memberontak. tak pasal2 buat konsert plak kat belakang tu. hehe.. tapi malam kelmarin saya perasan sorang kakak kat belakang tegur budak2 ni. marah betoi kakak tu. tapi w/pun marah suara kakak tu slow je. terus budak2 tu senyap.

Betoi kita mesti galakkan anak2 pi surau or masjid. solat jemaah. alhamdulilah. tapi kalau sampai ganggu orang lain solat tu baiklah tak payah kasi anak2 pegi surau or masjid. solat je kat umah. dekat surau pun bukan solat. borak je lebih. ganggu orang plak tu. tak pasal2 dapat plak dosa. harap2 malam ni tak jadi lagi cam tu. kalau ada lagi saya nak tegur je. tak kira dah ni. sabar2 haha..

Wednesday, September 10

Pelik & Aneh Serta Memusykilkan

Via sms on 10/9/08,

"Sory ler.. Saya masih di hospital pakar.."

ni sapa yang sakit ni? Dia ke orang lain? bila tanya sakit apa jawabnya,

"Tak apa lah.. Sakit biasa.."

musykil betoi!

Tuesday, September 9

Berjemaah Bersama Saudara Baru

Semalam pi buka puasa bersama2 saudara baru. cik amani ajak temankan dia ke sana. hajar pun ikut gak. dalam pukul 6 kitaorg pi JAWI putrajaya. sampai ceramah dah mula. so kitaorg masuk je lah. Ustaz rijal dari JAKIM bercerita tentang sejarah dan kelebihan ramadhan. seronok tengok ramai saudara2 baru dalam bilik tu. sejuk hati. rupanya ramai orang2 bukan islam tertarik pada islam. ada kurang 10 orang yang muda. lain2 semua dah berumur lingkungan 40++. alhamdulilah. Allah bukakan pintu hati mereka2 itu untuk memeluk agama yang mulia ni.

Habis ceramah ustaz rijal bacakan doa. pastu kitaorang berbuka puasa bersama2. makan bersila atas tikar. seronok plak. rasa macam makan kat umah orang kawen je. meriah! abeh makan dalam pukul 7.45 turun ke tingkat 2 untuk solat maghrib. sempat lah berjemaah. alhamdulilah ramai juga yang berjemaah. lelaki dan perempuan masing2 2 saf. pastu tunggu isyak. habis isyak terus berterawih serta witir. alhamdulilah. lengkaplah saya berpuasa semalam.

Ada 3 kali lagi program ihya ramadan dengan saudara baru ni. kalau di ajak lagi saya nak pergi lagi. di samping jadi peneman cik amani saya juga dapat menambah ilmu dengan dengar ceramah2 dari ustaz. Kagum tengok saudara2 baru ni yang dah boleh mengikuti semua suruhan Allah dengan baik. macam masa terawih diorang yang lebih bersemangat dari kita ni. tiada yang ponteng pun. ada yang sudah hafal doa2 yang biasa kita lafazkan. mudah-mudahan mereka akan menjadi muslim dan muslimat yang sempurna. insyallah..

Monday, September 8

MATTA Fair @ PWTC n Berbuka @ Johnny's

Semalam balik dari meeting kat somban terus ke PWTC ngan nora. pi MATTA fair aa kononnya. parking kat titiwangsa n naik tren pi PWTC. lagi senang dan mudah. tak yah bayar parking. tak der nak ke mana pun. sajer jalan2 menyesak dan memenuhkan PWTC tu je.
Ramai gilo orang kan. pening kepala. jalan lambat no. saya ni penat kalau jalan lambat2 ni. dah aa puasa2 ni. menguji kesabaran betoi la.

Tu dia.. nampak kepala orang je. ada 3 hall pameran semua. ni jambatan ni menghubungkan hall 3 ngan hall 1 & 2. tapi kalau bebetoi nak pi melancong memang berbaloi aa pegi. apa saya dapat? dapat aa brosur yang melambak2 tu. tapi kebanyakkan harga hanya untuk MATTA je. dah abeh MATTA akan naik dalam 200 - 300 kata sorang MD yang ambek bahagian kat situ. tok sah lah nak berangan2. MATTA dah abeh pun semalam. tunggu aa lain kali punya plak ek.

Sampai umah kul 4.30. antar nora pi ambek kete kat opis n terus balik umah. tido tak ingat dunia sampai kul 6.30 tapi kul 7.00 baru bangun. nasib baik dah janji ngan nora nak buka puasa kat luar. kalau tak buka minum air je aa semalam. tak der makanan kat umah. kalau ada pun kena masak. lepas maghrib baru kuar. kitaorg makan kat johnny's restaurant kat alamanda. rupanya nora tak penah makan steamboat. ni yang best ni. perkenal makanan baru kat member.
Haha..sorry la. dapat ambek gambar udang je. lapo punya pasal makan tak ingat dunia. nora makan nasik n saya makan tom yam. pastu tambah plak steamboat untuk 2 orang. kuat lantak betoi. yang bestnya licin! kecuali tom yam saya abeh separuh. tak larat dah. saya sempat interview nora apa perasaan dia makan steamboat johnny's kali pertama. katanya SEDAP! :)

Si Dia Sakit

via sms on 6/9/08

"A'kum.. Sory Ler.. Dah 2 minggu demam tak bangun.. Ari ni baru ok sikit.. "

Cik Ju sila huraikan!

Friday, September 5

Sebab Duduk Asrama

Selamat Pagi!

Dah lama tak menulis panjang2 kat sini. tetiba arini rasa nak menulis. tak tau aa panjang mana plak ni. dah 5 hari puasa kan. alhamdulilah 4 hari sebelum ni saya dapat menyempurnakannya dengan baik. terawih pun tak der tinggal lagi. nak try buat sehabis baik tahun ni.

Citer pasal terawih ni tiba2 teringat mula2 belajar terawih masa di sekolah dulu. saya bersekolah asrama dari form 1 sampai form 3. form 4 n 5 sekolah harian biasa je. tak larat nak duk asrama katanya. tapi bila pikir2 balik duk asrama ngan sekolah harian biasa sama je lebih kurang belanja dia. duk asrama kena bayar asrama n tetiap hari pun kena belanja gak kat sekolah. duk umah (sekolah harian biasa) kena bayar pas bas sebulan pulak n belanja sekolah gak. lagi best duk umah. bleh makan mak masak ari2 kan.

Saya mula belajar terawih semasa duduk di asrama. dulu kat sekolah kami tiada surau besar. surau lelaki dan perempuan asing2. so solat terawih pun asing2 la. kat surau perempuan, perempuan kena jadik imam sebab suraunya asing2. saya tak tau naper susah sangat saya nak abehkan solat terawih w/pun buat 8 rakaat je time tu. solat tak pernah duk depan. mesti duk barisan belakang manjang. biasa lah duk asrama kan. kawan2 ramai. dok bergelak2 kat belakang last2 2 rakaat je yang sempurna. yang lainnya duk berborak2 kat belakang sambil tunggu orang abeh solat. nak balik asrama takut warden marah coz orang tak abeh solat lagi kitaorng dah balik. teruk betoi la.

Sekarang ni bila ingat balik saya rasa pelik. naper lah dulu saya susah sangat nak abehkan 8 rakaat tu. padahal bukanlah payah sangat. imam baca surah pun pendek2 je. itu zaman budak2 la. la ni insyallah setakat 8 rakaat tu saya mampu abehkan. tapi sebab duduk asrama lah saya tahu semua tu. sebab duk asrama saya berani jadik imam solat sekarang insyallah. sebab duk asrama jugak saya dah macam nak hafal surah yasin coz tetiap malam jumaat wajib baca. dulu jaki betoi tengok senior2 lancar baca surah yasin. siap bleh hafal tu. sekarang alhamdulilah saya pun sudah jadik macam tu.

Sebab duk asrama jugak saya pandai solat berjemaah. teringat masa nak PMR. kitaorang ramai2 senior form 3 (sekolah saya masa tu hanya ada form 1 - form 3 je) buat solat hajat. pastu solat isyak baca yasin pastu baru buat solat hajat. ada gak adik2 junior yang ikut. yang paling tak bleh lupa lepas solat hajat tu kitaorang bermaaf-maafan. dalam barisan, mula dengan imam salam sorang2 sampai abeh semua jemaah. bertangis-tangisanlah kitaorng time tu. yelah mintak maaf masing2 kan. nak peksa time tu. haruslah mintak maaf, mintak halal apa2 yang patut. ustazah kata mohon maaf pada semua org. mintak halal semuanya. mintak maaf kat kawan2, mak ayah n cikgu2. kitaorang bebetoi buat tau. hari isnin nak PMR hari jumaat tu hari mintak maaf pada semua org. jumpa semua cikgu2 mintak maaf n mintak halalkan ilmu. masa nak SPM pun saya buat tau w/pun time tu saya sekolah kat tempat lain. benda yang baik. tak salah kalau teruskan.

Sebab duk asrama gak saya jadik berani. dulu asrama saya tu macam2 citer dengar. orang kata keras lah kot. ada yang kena histeria. sakit berjangkit. sorang sakit perut pastu dah semua nak sakit. gastrik katanya. malam2 warden duk kena hantar diorang pi klinik. sib baik klinik depan sket je dari sekolah. senang nak antar kalau sakit. sebab ramai sangat yang gastrik saya dah kenal sangat ubat gastrik putih kapur tu. alhamdulilah saya tak pernah plak sakit yang bukan2 tu. paling2 pun demam je lah. tapi tak der aa yang teruk2.

Kalau pikir balik banyak kebaikannya duk asrama ni. tapi yang paling tak tahan makanan dia la. tetiap minggu makan makanan yang sama. siap ada jadual lagi. dah tahu arini makan apa, lauk apa. orang cakap duk asrama gemuk coz makan nasik kawah. bohong lah. saya tak gemuk2 pun. kecik cam tu gak. dah umur 26 kot baru berat saya bertambah sket. orang cakap metabolisme tinggi.

Satu yang tak bleh lupa, sebab duk asrama gak saya jadik sangat berdikari. semua benda saya bleh buat sendiri. sebenarnya saya sudah jadik berdikari dari rumah lagi. saya kan anak sulung dari 3 beradik perempuan. tak der lelaki tau. so keje2 lelaki pun saya buat gak. setakat panjat pokok ke bumbung rumah ke sampai arini still boleh lagi apa. hehe.. sebab tu lah Allah kasi saya bertubuh kecik kot. fleksibel. semua bleh buat. saya manage semua benda sendiri. nak pi mana pun sendiri n sorang2. susah ajak2 orang ni. banyak bunyi. buat sendiri lagi senang. kadang2 risau gak. macam mana lah kalau saya dah kawen nanti. semua benda nak kena buat laporan ni. haha..

Banyak betoi benda saya belajar kat asrama rupanya. duk asrama sebenarnya merapatkan kita lagi dengan kawan2. dekat asrama apa2 semua kawan2 je. mak ayah jauh. paling2 ada orang lain pun warden asrama. saya perlu ucap terima kasih lah kat Asrama saya dulu asrama Sekolah Menengah Kuala Tembeling. asrama yang banyak ajar saya untuk jadik manusia yang lebih baik. pelajaran bukan datang dari guru je tau. tapi gak dari pengalaman. itupun kalau kita pandai mencarinya.

Thursday, September 4

Selamat Hari Lahir Edon!

Edon adalah sahabat baik saya ketika sekolah. dia sudah kawen dan mempunyai 3 orang cahaya mata. umi kepada Aisyah, Abu Bakar n Muhamad. Isteri tercinta kepada En. Sophian. Hari ni 4 September 2008 hari lahir Edon. so saya nak ucapkan Selamat Hari Lahir ke 29 tahun pada Edon. Semoga Edon bahagia selalu di samping keluarga tercinta.

Nota Tangan Kanan : Nama sebenar Edon ialah Zuraida Mohd Zain dan oleh kerana saya istimewa, sayalah satu2nya kawan dia yang panggil dia Edon :)

Wednesday, September 3

Bertambah Seorang Lagi..

Alhamdulilah! tepat pukul 4.00 petang tadi Dunia Islam telah menambah seorang lagi umatnya. dan kita semua dengan rasminya telah mendapat seorang lagi saudara baru. selamat datang wahai sahabatku ke dalam Dunia Islam. Semoga Alya Amani akan menjadi seorang muslimah yang sejati amin..

Tuesday, September 2

Risau

Sepatutnya masih bercuti hari ni. tapi naper saya kerja? tah la. saya rasa tak sedap ati 2 3 hari ni. naper? hmm..
Lilypie Next Birthday Ticker