Dalam berjalan2 dan merayap2 kat blog2 tetiba terjumpa entry ni kat blog Mr Hazizul. so saya copy balik untuk mengingati sesama kita terutama pompuan yang suka fitting2 baju sebelum beli.
BAGAIMANA MENGENAL PASTI CERMIN 2 ARAH ?
Ketika kita masuk ke toilet awam, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka)
Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki.
Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja.
Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?.
Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing:
LAKUKANLAH TEST SEDERHANA
1. TEST DENGAN KUKU JARI
Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak(gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin,dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin,hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin ditempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKUJARI". Tidak perlu membayar.
2. TEST DENGAN NAFAS.
Hembus nafas hampir dengan cermin, jika ada kesan nafas/haba di cermin , maka selamat,jika tidak besar kemungkinan Ianya cermin 2 arah.
3. BUNYI
Cuba ketuk cermin tersebut dengan jari slow2, kuat kang pecah plak , jika ianya tidak berbunyi atau bunyi perlahan maknanya ia melekap didinding, jika berbunyi kuat pastinya ada ruang kosong/berongga dibelakang cermin tersebut.Mudah dilakukan, dan ini mungkin bisa menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !
So hati2 ek kawan2 ku semua. mana aa tau kan tak pasal2 kita jadik mangsa plak. maklum aa zaman sekarang ni banyak benda pelik2 jadi. sampai kadang2 benda yang kita tak penah pikir diorang dapat buat. mcm2 cara org yang tak bertanggungjawab ni buat untuk kepentingan sendiri. tak pasal2 kita yang tak bersalah ni jadik mangsa.
No comments:
Post a Comment