Esok dah 1 rejab. lagi 2 bulan kita puasa lah. sonoknya. dekat dah nak puasa. pas puasa kita raya. hehe.. tu yang sebenarnya. sempena 1 rejab esok saya ingat nak puasa. memang tetiap tahun pun mula bulan rejab saya mula puasa. sajer la untuk pra puasa ramadhan. nanti puasa ramadhan tak der aa terkejut perut ni tetiba puasa kan. so saya selalunya mulakan dari bulan rejab. puasa isnin khamis. untuk membiasakan perut berpuasa.
Banyak kelebihannya bulan rejab ni. macam Sabda Nabi s.a.w.:
"Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat"
kelebihan berpuasa di bulan Rejab
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
p/s : ada siapa2 nak join saya puasa esok?
2 comments:
aku nak join tapi aku still uzur lagi keh..keh...keh...
tak per.. minggu depan bleh join.. rejab sebulan..huhu..
Post a Comment