Sunday, August 23

2 Hari Berpuasa

Alhamdulilah dah lengkap 2 hari kita berpuasa tahun ni. ada lagi 28 hari kalau kita puasa 30 hari. harap2 kita sama2 dapat penuhkannya. apa citer 2 hari puasa ni? saya tanpa dirancang telah balik berbuka di kampung. pagi jumaat plan. sabtu pagi terus berdesup ke kampung. saya memang nak balik pun sebenarnya tapi memandangkan bajet agak kureng so terpaksa aa tunggu gaji. so plan memang nak balik minggu depan. cuti merdeka kan isnin. so dapat aa cuti 3 hari.

Kebesaran Allah makbulkan doa saya yang nak temankan mak bukak puasa kat kampung. pagi2 jumaat tu saya check claim masuk plak. org lain ada yang tak masuk lagi. tak sangka plak saya punya dah masuk. dan2 tu cakap kat adik2 saya nak balik buka ngan mak. tetiba cik imah nak ikut plak. jeles aa tu. haha.. so kami balik bukak puasa ngan mak n ayah kat kampung. tapi saya balik sabtu pagi. cik imah balik jumaat petang. dia dekat tak per aa. saya ni jauh sket. balik malam2 kang mak marah. so terpaksa aa balik pagi2 sabtu.

Menu buka puasa kitaorg adalah sup tulang mabeles yang ayah buat. pastu murtabak moin n air tebu yang dimesin sendiri. mak plak masak gulai tempoyak ikan sungai. mabeles! makan 2 pinggan nasik. sepinggan lauk tempoyak. sepinggan lagi lauk sup. perut buncit sampai sahur. haha..

Hari ni plak buka daging goreng kicap ngan masak lemak pucuk ubi. pun mak masak. tapi saya makan kat umah saya la. tak bleh nak buka kat kampung arini. kang pukul bape plak nak sampai umah sewa saya ni. mak saya tu bising kitaorg balik lewat2 malam. alhamdulilah makan berdua ngan cyn pun best. ayah ada bekalkan kangkung. esok bleh aa masak kangkung plak. kalau bleh tahun ni tak nak pi beli kat param. nak masak hari2. huhu.. tak tau aa tercapai ke tak angan2 ni. harap2 la..

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker