Friday, August 21

Masjid Baru Putrajaya


Medan dakwah
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3 di sini, sebelum ini dikenali sebagai Masjid Besi akan menjadi medan dakwah kepada pelancong ke negara ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz.

Beliau berkata trend bagi pelancong sama ada Islam atau bukan Islam melawat masjid di negara yang dilawati.

“Ia dibuktikan sendiri dengan statistik sepanjang tahun lalu, 565,408 pelancong melawat Masjid Putra di Putrajaya dan 256,428 pelancong melawat Masjid Negara, di Kuala Lumpur.

“Tambahan pula, masjid itu mempunyai pelbagai keunikan termasuk ‘mashrabiah screen’ diperbuat daripada anyaman besi tahan karat dengan ciri telus cahaya dan angin serta tulisan ayat al-Quran dilakar pada kaca setinggi kira-kira 13 meter,” katanya pada majlis penyerahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin daripada Perbadanan Putrajaya (PPj) di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden PPj, Tan Sri Samsudin Osman; Pengarah Jabatan Pembangunan PPj, Mohd Ridzwan Kulub Othman dan Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Md Ali Sarbini.

Wan Muhammad berkata, dalam usaha membantu pelancong bukan Islam mengenali Islam, Jakim turut menyediakan kursus pemandu pelancong supaya dapat menerangkan kepada mereka mengenai keindahan Islam.

Beliau berkata, Jakim menetapkan fungsi masjid berkenaan berbeza dengan Masjid Putra bagi mengelakkan pertindihan termasuk menyediakan program bersifat antarabangsa untuk pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), program kanak-kanak, perpustakaan dan bidang pengajian pengkhususan.

Katanya, pengurusan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dikendalikan 35 kakitangan, diketuai Imam Besar dan dibantu tiga pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang bertindak sebagai imam manakala 31 kakitangan sokongan bersama-sama mentadbir serta mengurus masjid.

Sementara itu, Samsudin berkata kompleks masjid yang berkapasiti 20,000 jemaah itu turut dilengkapi tiga kuarters dua tingkat, 10 unit kedai, dewan serbaguna, bilik kawalan televisyen dan radio serta 620 petak letak kereta dan 100 letak motosikal.

p/s : dah siap rupanya masjid ni. jom terawih masjid baru nak? hehe..

2 comments:

izman said...

tarawih kat masjid baru putrajaya?/ jauh la...

selamat berpuasa

crisda79 said...

jauh ngan klang tapi dekat ngan umahku. hehe.. insyallah kalau ada rezeki nak gak merasa solat kat masjid baru tu..

Lilypie Next Birthday Ticker