Sunday, August 9

Hari Yang Gelap Kini Sudah Terang

Citer jumaat aritu ni. jumaat yang paling memenatkan. rasa nak pengsan je. petang jumaat my bos mintak buat perbincangan plak. dah namanya perbincangan kan. ngan bos plak tu. tak der maknanya nak kejap. masing2 maleh nak pi. dia tolak kita. kita plak tolak dia. hoho.. tahap maleh melampau wa cakap lu. tapi mengenangkan bincang ngan bos turun gak la. tu pun dah lewat 10 minit. teruk betoi la. bincang punya bincang dah 5.30 ptg. tu termasuk la acara mengumpat sket2. haha..

Masa ngah bincang cousin msg cakap kat tg malim ujan lebat giler. eh lupa plak nak citer. saya telah 'dipaksa' untuk balik ke kampung oleh sepupu saya kerana dia lupa jalan nak pi umah saya. huhu.. datang aa lagi 10 tahun sekali. padan muko lupa jalan balik. haha.. padan muko den gak sebab 'terpaksa' temankan dia. so dia cakap may be diorang lambat sket coz ujan yang menggile.

Dalam 5.45 my cousin msg cakap dah gerak. saya dengan cool nya balik umah. mandi. solat. kul 6.30 baru kuar umah. saya budjet sure dia sampai dalam kul 7.30 kat genting sempah (kitaorg janji nak kumpul kat genting sempah). saya dengan berlenggang kangkung nya pi isi minyak, pastu pam tayar pastu baru gerak. masa tersangkut dalam jem kat tesco ampang dia msg cakap dah sampai. uiks! saya kat kl lagi. haha.. tak per aa. kitaorg pun duk tunggu 1 family lagi. lagipun saya kan tourist guide. diorang tak bleh jalan kalau saya tak der. saya lambat pun kena aa tunggu kan. haha.. jahat2..

Pukul 8.02pm saya sampai kat genting sempah. 1 family lagi tu tak sampai2 lagi. padahal dari puchong je. ni den marah ni. nak ikut den dia plak lambat. my cousin bawak dia punya bapak mertua. org tua tu plak dah lapo. so decide pi petronas kat bentong untuk makan coz kat sana banyak sket pilihan. msg 1 family lagi tu. bleh dengan cool nya dia cakap baru nak kuar umah. wah makin angin gue dengar.

Boring tunggu tok sah cakap la. ikut hati saya nak tinggal je. saya cukup pantang org lambat2 ni. janji kena tepati tau. dah aa saya penat. sib baik tak kelam kabut masa kuar tu. kalau tak lagi angin aa. memula duk makan. pastu borak2. dah boring jalan2 dalam petronas. pastu surf internet. pun tak sampai2 lagi. bila msg cakap jem bagai. ko dah tau jem kuar aa awal sket. hayoo..

Pukul 10.30pm baru sampai. dalam2 marah ni saya senyum aa gak. packing2 laptop terus masuk kete ingat nak gerak. dah nak pi toilet plak. nak beli air bagai. adoi! saya tak larat dah ni. kepala dah pening2 dah. dalam kul 11.00pm baru gerak.

Harus aa saya didepan kan. tapi sebagaimana yang diketahui saya ni kan ayam. saya mana nampak sebenarnya kalau jalan malam2 ni. lelagi bawak org kat belakang. saya tak tau yang mana kete diorang pun. so saya bantai jalan je aa. saya harap diorang tak ayam aa cam saya n nampak aa kete kecik saya ni. tapi dalam2 tak baper nak laju tu 2 kali gak diorang pintas saya. so saya assume diorang memang bawak laju n saya yang slow. so saya decide yang saya harus bawak laju.

Sampai tol temerloh baru saya slow coz tunggu diorang. sampai temerloh dah kul 12.00. sapa yang nak jalan tengah2 malam kan. so jalan sangat lengang. kat jalan kampung tu saya slow aa sket. takut gak kot2 lembu melintas ke. tak pasal2 terlanggar plak. sampai umah org kawen dah kul 12.30am. singgah sat coz bapak mertua my cousin nak tido umah org kenduri. singgah pun sempat lagi minum2 n makan kueh. hehe.. diorang duk bising cakap saya bawak kete laju giler. aiks! bukan korang laju ke? sebab tu aa saya laju. wife my cousin cakap dia tak bleh tido coz suami dia bawak kete laju sangat semata2 nak kejar saya. laa.. lain kali sound la. kete saya kecik maa.. so saya ingat korang bawak laju aa sebab 2 kali tu pintas saya. kete korang kan bagak2. mana aa saya tau rupanya ada org bising2 saya bawak laju sangat. hehe..

12.45am sampai umah saya. saya terus cuci muka n solat. kepala dah pening gilo dah. tak sabo nak tido. dalam pening2 tu kul 2.30 gak saya tido. tu pun mata dah segar. ayam pun dah berkokok. besok bangun rasa nak demam. solat sambil tutup mata. haha.. pas solat tido sat. 7.30 bangun saya tengok semua org pun tido lagi kecuali mak ngan ayah saya. penat woo.. sambil weng2 saya tertido lagi kat bilik ayah saya. kul 9.30 baru bangun. hectic betoi aritu tu. kalau tak kuat mau demam. dah aa hati panas. huhu..

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker