Pembentangan bajet dah abeh. terima kasih kat DS najib sebab kasi bayaran khas pada kitaorg yang bergred 41 -54 sebanyak rm500. yelah dari tak der rm500 pun duit ye tak? memang aa kalau ikutkan hati tak cukup n sket kan. tapi dari tak der rm500 pun bleh la. bersyukur je la dengan pemberian itu w/pun tak pueh hati. haha..
DS najib juga bermurah hati memberi penjawat awam membuat pinjaman komputer setiap 3 tahun sekali. pada siapa2 yang tak der pc lagi tu bleh aa buat pinjaman. 3 tahun sekali tu. kalau 10 tahun bleh dapat 3 pc la. pastu benti keje bukak cybercafe je. untung gak. hahaha..
Banyak gak benda2 yang best masa DS najid bentang bajet tadi. paling best student2 la. macam2 inisiatif dapat. antaranya yang best :
1) Pakej netbook dan jalur lebar kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 sebulan selama 2 tahun. Tawaran oleh Telekom Malaysia kepada 100,000 pelajar di semua universiti tempatan bermula 1 Januari 2010. - Yang best pada student2 baru la sebab dia kasi tawaran 2 tahun. yang tak bestnya cybercafe la. bila semua student dah ada broadband sendiri kompem tak pi cc dah. banyak aa cybercafe bungkus pasni. ;p
2) Diskaun tambang 50% tambang perkhidmatan kereta api jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar. - Best tu. pasni ketapi mesti penuh ngan student je la. 50% banyak tu. kalau tiket rm30.00 bleh dapat rm15.00. dah aa tambang ketapi lagi murah dari bas. makin sesak aa stesen ketapi pasni.
3) Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setarafnya bermula tahun hadapan. - Yang ni penah buat dulu tapi dah buang. la ni dia buat balik. memang aa berbaloi. tapi lagi berbaloi kalau dia hapuskan terus charge perkhidmatan untuk semua student. huhu..
4) Menganugerahkan biasiswa nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan merit sepenuhnya. - Yang ni no komen. ;p
Dengan bertambahnya inisiatif ni buat saya rasa nak study plak. best tu macam2 dapat. cam tambang tu kerajaan kasi 50% dari umur 13 sampai selagi bergelar pelajar tau. tak kira tua mana pun student tu lah kan. huuuu.. best2.
Bagi pembayar cukai plak ada beberapa inisiatif diberi. antaranya
1) Penurunan 1% kadar cukai pendapatan individu maksimum dari 27% ke 26%. -Yang ni tak der kaitan ngan saya sebab saya tak layak lagi bayar cukai. maklum org gaji agak kecik.
2) Pembayar cukai individu dibebaskan cukai pendapatan sebanyak RM500 bagi mereka yang melanggani jalur lebar. - Saya suka dengar pengumuman ni. kerajaan sangat prihatin dengan teknologi namanya. haha.. tapi seperti di atas saya masih tak layak bayar cukai. so tak dapat aa pengurangan cukai w/pun saya guna broadbeng kat umah.
Ada juga pengumuman yang mencekik diri sendiri. hehehe.. ayat tak agak2. antara yang agak menjerut tengkuk adalah :
1) Kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan RM50 setahun dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj termasuk kad yang diberi secara percuma. Kerajaan juga cukai perkhidmatan RM25 setahun bagi kad kredit tambahan berkuatkuasa 1 Januari 2010. - Baru je pagi tadi borak2 ngan opismate kata nak terminate kad plastik ni. rupanya DS najib nak umum benda ni dalam bajet. nampaknya dah wajib terminate lah ni. huhu..
Banyak lagi yang DS najib umum dalam bajet tu tadi. banyak gak la inisiatif2 yang diberi pada beberapa sektor2 utama negara. saya bab2 sektor2 utama ni tak reti nak komen. saya komen yang ada kena mengena dengan saya. antara lain yang agak menarik seperti :
1) Kerajaan membenarkan kadar potongan caruman KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuatkuasa serta merta dan mulai 1 Januari 2011 caruman KWSP akan dikekalkan pada kadar 11 peratus. - Pada siapa2 yang nak tukar dah bleh sekarang. pada saya biar aa kekal 11%. itu simpanan hari tua. hari di mana kita dah tak kuat nak kerja. at least ada aa sket untuk sara diri bila dah tua nanti. kalau dah simpan sikit, sikit aa untuk hari tua nanti ye tak? tak beza sangat pun 11% ngan 8% tu.
2) Bagi memastikan hanya kumpulan sasar diberi subsidi minyak, kerajaan akan melaksanakan satu sistem pengurusan subsidi minyak pada awal 2010. Sistem yang mesra rakyat ini akan menggunakan pakai MyKad. -Yang ni pun saya setuju. biar aa kumpulan sasar je dapat subsidi. takut ada orang yang tak disasar ambek kesempatan atas subsidi yang diberikan. yang rugi kita.
3) Sejumlah RM1 bilion disediakan untuk meningkatkan lagi perkhidmatan PDRM pada 2010. - Harap2 pihak PDRM bertambah cekap menangkap penjenayah n jenayah makin kurang.
Itu je kot yang ada kaitan secara langsung dengan kehidupan saya sekarang ni. banyak lagi subsidi dan inisiatif yang diberikan. cukup lah kot saya komen setakat ni. nak komen banyak2 apa hak kita betoi tak. bak kata mak saya bersyukur dengan apa yang diberi. apa yang saya komen ni pun pendapat saya je. lain orang lain pendapatnya. korang plak apa komen? ;p
No comments:
Post a Comment