Baru pas gosok baju
Baru pas mesin kain
Baru pas makan sate.. brupp.. alhamdulilah..
Tetiba cam nak bercerita kat sini. agaknya mood dah mari kot kan. nak citer apa ek? citer pasal diri sendiri je la kan. senang. kot nak ngutuk2 pun diri sendiri. tak bleh nak marah diri sendiri. haha..
Kami hanya 3 beradik. tiga2 pompuan (girl power! huhu..). umur selang 2 tahun. kalau sorang darjah 2 sorang lagi darjah 4 n yang sulung (den lah tu) darjah 6. cam tu la berterusan sehingga abeh sekolah menengah tingkatan 5. ye kami 3 beradik semua sekolah setakat tingkatan 5 je. tak der pun yang masuk form 6. eh tapi saya penah masuk form 6 2 minggu kat SMJ. abeh 2 minggu bersamaan abeh minggu orientasi saya dipanggil ke U. huh! penat kena dera. kalau tau U nak panggil takder maknanya nak seksa diri kat form 6 tu. huhu..
Mak lahirkan saya (anak sulung) lepas 8 tahun kawen. 8 tahun tu. lama kan. mak lahirkan saya masa umur dia 35 tahun. mak kawen umur 27 tahun. betoi! saya penah tengok surat nikah mak ngan ayah. gigil2 nak baca sebab tulih jawi. haha.. maklum saya ni agak buta jawi. kalau slow2 bleh aa. kalau suh baca laju2 tah apa2 aa saya sebut kang. ;p
Kitaorg adik beradik masa kecik tak reti bersosial. seriusly! korang bleh interview mak saya kalau tak caya. huhu.. kitaorg hanya pandai kawan bertiga je. kesian betoi. main bertiga. makan bertiga. tido bertiga. semua bertiga lah. yang paling saya ingat kalau pi kenduri. tak kira aa kenduri kawen ke, kenduri doa selamat ke, kenduri bersunat ke, kitaorg tak kan berlekang dengan mak. mana mak duk kat situ aa kitaorg duk. kalau mak bangun abeh tiga2 ikut bangun. lapang tempat duduk. haha.. ate dah bila bangun, empat2 bangun haruslah tempat duk lapangkan. ;p
Cam belangkas! mengikut je ke sana ke mari. yelah dah namanya tak reti bersosial. harus aa takut nak berkawan kan. duk je melekat ngan mak. sama gak kalau balik kampung. ngan sepupu2 pun tak reti nak berkawan. so kejadian yang sama jugak berlaku. mana mak ngan ayah pegi kitaorg wajib ngeko. mak siang ikan abeh ketiga2 ikut siang ikan. mak makan abeh ketiga2 makan. haha.. lawak plak bila ingat.
2 minggu lepas masa lepak umah mak cik lepas balik hospital mak ngan mak cik dok la bercerita pasal kitaorg kecik2 dulu. citer2 pastu gelak. huh! tak sopan betoi gelakkan anak sendiri hahaha.. tetiba mak cakap kat mak cik saya,
"Ini bila dah beso tak sangka plak bebudak ni jadik cam ni"
Huh! terharu plak saya dengar. betoi gak kan. tak sangka kitaorg 3 beradik yang takutkan orang dulu sekarang dah beso bukan main berani lagi. hahaha.. bukan berani apa la. dah pandai berkawan. bleh berdikari. tak bergantung pada mak ngan ayah lagi. pandai je uruskan diri sendiri masing2 pun. masing2 pun sambung study kat tempat yang jauh2 plak tu. hidup je plak kan. tak der plak nangis2 masa mak ngan ayah antar masuk U dulu. eh tipu plak. ada aa nangis sket. tapi tak der aa meraung2. biasa aa kat tempat baru. semua pun agak sedih aa kan jangan nak bohong ek..
Saya sendiri tak sedar yang kitaorg 3 beradik yang berjaya mentransform diri kitaorg dari orang yang tak reti langsung bersosial pada yang terlebih sosial. haha.. tak der aa terlebih. lebih skettttt je. huhu.. kiranya kitaorg dulu dah kena transformasi aa dari budak2 AF tahun ni ;p. cuba bayangkan kalau kitaorg tak berubah2 dari dulu sampai sekarang apa agaknya jadik kan? kompem kitaorg 3 beradik melepek je aa kat umah sampai arini jadik katak yang tak tau citer dunia luar. huh! ngeri betoi nak bayangkan.
No comments:
Post a Comment