Oleh kerana takut kalah saya alih oasis. tengok org ngaji. malam ni kan malam jumaat. pastu malam maal hijrah plak. harus banyak org ngaji. sambil2 tu doa dalam hati mintak2 malaysia menang. sekali2 alih gak. tapi still 0-0. tetiba dengar org depan jerit2. kompem gol lah tu. cepat2 alih tgk tv2. gol jaringan sendiri. hehe.. GOLLLLL.. jerit sorang2. ;p
Sampai minit ke 90 ada tambahan 6 minit lagi. hati ni debar2 cam saya plak yang men bola tu. serius debar2. takut giler lah kalau malaysia kalah coz 20 tahun tunggu tu. abeh minit ke 96 dari baring terus bangun sambil peluk bantal. hati duk cakap bila lah refree ni nak tiup visel. dan... yey!!! akhirnya penantian 20 tahun berakhir. malaysia menang 1-0 dengan vietnam. saya bangga.. rasa nak nangis pun ada. huhu..


Syabas dan tahniah untuk pasukan K. rajagopal. w/pun kat atas kertas memang peluang malaysia untuk menang pingat hampir tak der langsung tapi incik rajagopal buktikan semua dakwaan atas kertas tu salah. marilah kita berbangga dengan pasukan malaysia beramai2. huhu.. MALAYSIA BOLEH!
No comments:
Post a Comment