Seminggu ni memang giler. kalau tak pikirkan keje lama dah saya giler kot. huhu.. mula dengan sms yang masuk pada ari raya haji kedua dari PO saya mintak kumpulkan saksi untuk briefing sebelum bicara kes arini. lepas dapat sms tu tido dah mula tak baper nak lena. jap2 jaga.. jap2 jaga.. mimpi tak yah cakap la. mimpi pasal kes tangguh la. mimpi pasal OKS ngaku salah la. memacam la. tak tenteram betoi idup. oleh kerana kes tu cuti terpaksa dibatalkan. saya sepatutnya cuti sampai 1/12 terpaksa balik 30/11 sebab nak kumpulkan saksi dan siapkan semua dokumen terlibat.
Mula ari rabu 2/12 hidup semakin teruk. tak terurus. huhu.. pepagi lagi kena bertolak ke melaka untuk briefing saksi. w/pun saya akan dipanggil sebagai saksi paling last coz saya IO tapi seperti biasa IO diperlukan di mana2. nak tak nak terpaksa pegi untuk bincang n briefing sekali ngan PO n saksi. rabu tu datang tak bawak baju untuk bermalam kat melaka. so petang terpaksa patah balik ke putrajaya. soalan untuk saksi keempat tak sempat siap. gilo. dari pukul 10.30 pagi duk kat kerusi sampai kul 5.00pm punggung duk melekat je kat kerusi. lunch pun tak. itu pun briefing tak siap. giler tak giler. patah balik putrajaya terus ke opis. siapkan eksibit semua. fotostat semua eksibit mengikut permintaan PO. pukul 9.30pm baru balik umah.
Semalam dalam pukul 9.30 pagi gerak balik ke melaka. terus ke MPAG untuk ambek pengesahan untuk cukai taksiran pengadu. sib baik urusan lancar je. pastu terus check in hotel, solat then terus ke PTG sebab saksi ketiga belum brief. kena ke sana untuk bincang n brief saksi ketiga. lepas siapkan briefing n susun eksibit terus gerak ke hotel. otak dah beku gilo. jantung plak debar2 nak pi mahkamah.
Kuar dari hotel dalam 7.30 pagi. terpaksa kuar awal sebab nak kena ambek saksi di cheng. saksi tu takder kenderaan. sebab dia kena kasi keterangan arini dan sebagai IO yang baik saya ambek dia kat umah n bawak pi mahkamah. baik betoi IO ni kan. huhu.. sampai mahkamah 8.30am. jumpa ngan OKS. bleh dia tak kenal saya. hehe.. borak punya borak dia kasitau lawyer dia tak bleh datang coz ada kes kat tempat lain. ingat tangguh aa kes. hati dah gembira2 sebab mungkin tangguh kes coz lawyer tak datang. rupanya judge suh jalan kes jugak.
Saya sepatutnya tak yah nak debar2 aa kan sebab saya tak beri keterangan arini. tapi tak der maknanya. saya rasa saya lebih debar2 dari saksi2 lain. kes ni kira kes sulung siasatan saya sepenuhnya yang bicara. penah ada sebelum ni tapi just IO gantian. pastu OKS ngaku salah plak. tak der aa bicara. tapi saya still kena duk kat bilik saksi coz saya kena dibuat pengecaman. w/pun buat pengecaman tak perlu nak cakap apa2 saya berdebar macam nak tercabut jantung. giler kan.
Dalam kul 3.00pm kes ditangguhkan ke bulan 1 tahun depan. banyak keje kena buat lagi ni. lepas bincang2 ada 1 2 saksi lain nak kena panggil. so semua pun kena buat rakaman tu. ada jugak saksi yang dah ada kena buat rakaman semula untuk kuatkan kes sket. harap2 kitaorg menang la kes ni. w/pun sebenarnya kitaorg tak kisah pun sebab ni macam kes percubaan tapi kalau menang itu satu bonus untuk pasukan kitaorg. bak kata PO saya "kalah menang lain citer, yang penting kita cuba yang terbaik!"
No comments:
Post a Comment