Thursday, December 31

Hari Terakhir 2009

Hari ni dah 31/12 kan. esok tahun baru. bertambah lagi setahun umur kita. lelagi saya yang lahir bulan 1 ni. cepat je bertambah umur. apa yang saya dapat tahun 2009 eh? sama je kot. saya jenis org yang tak berazam time tahun baru. azam untuk berubah bleh jadik bila2 masa je. ikut suka ati saya sebab saya sebenarnya tak suka pada perubahan mendadak, lelagi bukan kehendak sendiri a.k.a terpaksa. kalau perubahan tu jadik bukan kehendak sendiri saya memang tak bleh nak ikut. saya kalau nak berubah kena slow2. kalau kena berubah bukan dengan kehendak sendiri automatik saya akan menyusahkan diri sendiri.

Dulu masa kementerian terpaksa pindah ke putrajaya hati memang tak moh pindah. tapi terpaksa pindah. dan2 tu saya menyusahkan aa diri sendiri selama sebulan. punyalah tak bleh terima duk putrajaya saya sanggup drive dari keramat ke putrajaya tiap2 hari hampir sebulan. padahal umah sewa kat putrajaya ada je. dah bayar pun. barang2 umah pun dah pindah. tuan punya badan je tak pindah2 lagi. hehe.. sanggup bangun kul 6.00 pagi tiap2 hari. kuar umah paling lewat 7.00 pg. sampai opis kul 7.45-8.00 pagi. balik plak sanggup meredah jem dari putrajaya ke kl. penah tersangkut dalam jem sampai rasa nak tinggal je kete then lari je balik kl. hehe.. bengong tak bengong. padahal kalau duk umah sewa kat putrajaya tak sampai 5 minit pun nak pi & balik opis.

Saya yakin korang mesti ada azam masing2kan. apa pun azam korang saya harap kita dapat yang lebih baik dari apa yang kita ada sekarang. saya juga harap tahun 2010 ni lebih baik untuk saya la. baik dari semua segi la. tak kira la amal ibadat ke, kerja ke, kewangan ke, family ke n semua la. secara specifik tak bleh nak cakap sebab saya kan suka2 ati je bleh salin kulit huhu..

Tapi saya niat nak bercuti ke obersea tahun depan. pi mana tak tau la lagi. sebab tahun ni tak pi obersea pun. tahun ni just bercuti ke langkawi ngan family. 2 tahun sebelum tu dah pi bali, singapore n aussie. kali ni kalau ada rezeki lebih ingat nak bawak family bercuti-cutian ke obersea plak. wah niat tak ingat. cam aa kaya kan. huhu.. tak per yang penting niat ada. dari niat tu la kita cuba realisasikan. harap2 jadik la. amin.. dan tahun depan jugak seperti yang telah diwar2kan saya 'terpaksa' beli kete. sebab tuan punya kete kiut tu dah abeh study. so dia mahu pulang ke pangkuan tuannya lah. tak per kita pulangkan je lah dia. harap2 dalam 3 tahun saya jaga dia, dia pueh hati. hahaha.. saya tuan yang baik tau w/pun cuci dia 3 bulan sekali. huhu..

Kata tak der azam tadi. eh! tu bukan azam maa.. satu niat je. niat tak semestinya jadik. niat kena mula dengan insyallah dengan izin Allah. kalau tak der aral terlaksanalah niat tu. satu lagi tu memang wajib. bukan sebab tahun depan ke apa. 3 tahun sebelum ni saya dah tau bila tuan punya kete abeh study kete dia kena pulangkan balik. so saya bersedia je dari 3 tahun lepas. oklah tu je nak tulih. saya tak paham naper saya tak reti nak buat penutup cerita sekarang. so kita akhiri dengan sekian terima kasih. ;p

Wednesday, December 30

Chatting

Status di YM

"lepas 10 tahun dah jemu chatting.."

Banyak betoi respon yang saya dapat. ada cakap ye ke? hehe.. ada cakap saya dah ada boipren. hahaha.. tak agak2 alasan tu. ada gak yang cakap saya makin tua. hmm.. alasan yang tu saya bleh terima kot. sebenarnya? entah! saya pun tak tau naper sebenarnya saya dah jemu chatting. atau mungkin jemu sebulan je kot then sambung balik pas ni. hehe.. seriusly sejak 10 tahun lepas chatting dah jadik sebahagian dari hidup saya. tak lengkap idup kalau tak dapat chatting. dulu2 kat kampung sanggup pakai dail-up semata2 nak chatting.

Saya mula kenal chatting masa saya study kat u lagi dalam tahun 1999. kawan saya linda kenalkan. zaman2 tu tempat chatting paling popular adalah mirc. macam2 nick saya guna. zaman tu bukan pening kepala nak study tapi pening kepala nick apa nak guna masa chatting. hehe.. sepanjang chatting saya penah guna 3 nick je. listriana, dewi^carina n crisda79. siapa yang chatting kat mirc dalam tahun 2000-2003 cam tu mesti penah tengok nick dewi^carina. zaman tu saya memang betoi2 gile chatting sampai kalau bleh nak chatting 24 hour.

Sekarang saya dah tak chatting kat mirc. nak bukak pun dah tak reti kot. dulu hebat tu chatting pakai skrip bagai. semua command2 pun ingat kat kepala je. sekarang hampeh langsung tak tau nak bukak pun. sebenarnya saya dah lama niat nak benti chatting. agaknya dengan niat la yang timbul rasa jemu kot. sekarang ni kalau bleh nak kurangkan semaksimum mungkin berchatting. harap2 satu hari nanti saya bleh benti chatting.

Chatting ni berhantu sebenarnya. kalau dah mula memang payah nak benti. ketagih! tapi sebab chatting la saya menaip laju. dulu masa memula jumpa pc menaip pakai 1 jari je. 5 minit satu perenggan pun belum siap. hehe.. sekarang ni kalau nak suh ambek hansed pun saya bleh. dah agak laju aa menaip. bleh aa keje kat parlimen jadik jurutaip hansed kat dewan rakyat huhu..

Tetiba otak blank. sampai sini je aa citer chatting. kang kalau rajin sambung lagi eh. excited nak pi KL ni.

tata..

Sunday, December 27

Entah

Giler lama tak apdet blog kan. banyak citer sebenarnya tapi giler maleh nak apdet. tak tau naper jadik sangat maleh sebenarnya. saya ni tiap2 ari berlalu dalam bulan 12 ni makin berdebar plak rasa. hitung ari bukan main lagi. tapi tak buat apa2 persediaan pun lagi. takut la. cam ner ni. ada siapa2 nak tolong saya tak?

Tak per la. kalau ada yang nak tolong pun korang tak bleh nak tolong. semua saya kena buat sendiri. bak kata lecturer2 kat ILKAP "keje siapa?" "keje IO.." huhu.. ye 12 ngan 13hb jan ni saya ada bicara kat melaka. dan saya kena kasi keterangan kat mahkamah sebagai saksi terakhir. takut ni. debar2 rasa w/pun belum sampai arinyer. dah aa banyak statment saksi belum rakam semula. serabut perut betoi.

oklah tu je nak citer. makin banyak tulih makin serabut perut. saya online just konsentret menuai kat farmville ngan kasi ikan makan kat fishville je la ni. mood mau menulih tadek. tapi korang jangan caya saya ni. kang tup2 2 3 entry kuar kang. hehe.. saya ni tak bleh mula nulih. kang duk asyik nak nulih je. tapi kaau dah benti nak mula balik giler maleh. huhu..

Monday, December 21

Mak Cakap..

Dulu kecik2 mak selalu cakap kalau makan dalam periuk or besen nanti kawen ari hujan. so kitaorg takut nak makan dalam periuk or besen masa kecik2 dulu sebab takut nanti kawen hari ujan. hehe.. apa motif tah. biar aa kawen hari ujan ke tak kan. bukan kena kawen tengah padang pun. huhu..

Sabtu aritu jiran sebelah umah kawen. majlis menyambut menantu. kawen ngan org banting. hari sabtu tu ujan bagai nak rak. tapi dalam setengah jam benti. pastu hujan balik sampai 6 7 kali cam tu. saya cakap ngan mak,

"mesti o.g makan dalam periuk kan mak. sebab tu dia kawen ari ujan" kata saya serius.

"tak der makan dalam periuknya lah" balas mak.

"dah memang musim hujan pun. sebab tu aa ari ni ujan" sambung mak lagi serius jugak.

Agaknya mak dah lupa apa yang dia cakap kat kitaorg masa dia muda2 dulu kot yang makan dalam periuk kawen ari ujan. hahaha..

Thursday, December 17

Salam Maal Hijrah

Selamat menyambut tahun baru 1431 hijrah.
semoga kita semua di dalam rahmatnya dan amalan semakin baik dan terus meningkat.
amin..

Malaysia Menang Bola

Balik kije terus tido. hajar datang umah pun tak sedo. sib baik cyn ada umah. dia bukakkan pintu. kalau tak hajar duk luar je la. huhu.. memang dah set dalam kepala tak moh tgk bola ptg ni. sebab selalu kalau saya tengok mesti kalah. so maleh nak tengok. bleh? tido tak ingat dunia. sedar2 dah kul 7.30 malam. bangun basuh baju then bukak tv. tak ingat langsung ada bola malam ni. tetiba cyn kuar bilik jerit2 citer pasal bola. terus alih tv2. minit ke 69 masih 0-0.

Oleh kerana takut kalah saya alih oasis. tengok org ngaji. malam ni kan malam jumaat. pastu malam maal hijrah plak. harus banyak org ngaji. sambil2 tu doa dalam hati mintak2 malaysia menang. sekali2 alih gak. tapi still 0-0. tetiba dengar org depan jerit2. kompem gol lah tu. cepat2 alih tgk tv2. gol jaringan sendiri. hehe.. GOLLLLL.. jerit sorang2. ;p

Sampai minit ke 90 ada tambahan 6 minit lagi. hati ni debar2 cam saya plak yang men bola tu. serius debar2. takut giler lah kalau malaysia kalah coz 20 tahun tunggu tu. abeh minit ke 96 dari baring terus bangun sambil peluk bantal. hati duk cakap bila lah refree ni nak tiup visel. dan... yey!!! akhirnya penantian 20 tahun berakhir. malaysia menang 1-0 dengan vietnam. saya bangga.. rasa nak nangis pun ada. huhu..

Pemain2 malaysia dengan bangganya menyanyikan lagu negaraku. gue bangga seh..

Rasa nak nangis tengok bendera malaysia kat atas sekali antara bendera vietnam ngan singapore.

Syabas dan tahniah untuk pasukan K. rajagopal. w/pun kat atas kertas memang peluang malaysia untuk menang pingat hampir tak der langsung tapi incik rajagopal buktikan semua dakwaan atas kertas tu salah. marilah kita berbangga dengan pasukan malaysia beramai2. huhu.. MALAYSIA BOLEH!

Makan Donut Manis

Oleh kerana arini gaji semalam balik opis saya pi soping. ye seperti biasa saya suka soping sehari sebelum gaji. dan itu lah pun yang saya buat kebelakangan ni. syiok soping time org tak der duit ni. haha.. tak yah nak rebut2. semalam pas opis terus heret hajar ke alamanda. memula pi carik adiah kawen jiran kat kampung. pastu jenguk2 buku kat MPH sementara tunggu hajar pi solat. terbeli gak 1 novel. huhu.. tak per. lama dah tak beli novel.

Jalan lenggang2 carik tempat makan. tanya hajar nak makan apa dia jawab nak makan yee mee. hayoh! sudah ketagih makan yee mee plak minah ni. dulu saya yang yer2 promote kat dia. la ni dah ketagih. duk asyik nak makan yee mee je. so kitaorg decide makan kat food court je sebab hajar nak makan yee mee. saya malam memang jarang makan. so makan je yong tau foo.

Siap makan pi big apple donuts. nak beli donut untuk bebudak opis. dah janji kalau gaji nak banjer makan donut. so beli 18 bijik donut semalam. 6 bijik untuk adik saya. 12 bijik untuk kawan2 kat opis. so dapat free 2 buah kalendar. itu pun sebenar niatnya. beli donut sebab nak kan kalendar je. hehe.. beli atas rm15 dapat 1 kalendar. beli atas rm30 dapat dairi. semalam belian saya bernilai rm35.50. saya tak nak dairi. so mintak 2 buah kalendar. dia kasi. suka..

Balik simpan donut dalam peti ais. pagi tadi bawak pi opis. wah omputeh sangat kitaorg pagi tadi. semua pakat2 sarapan donut gitu. haha.. padahnya perut rasa lain macam. maybe sebab pagi2 dah makan benda yang sangat manis kot. nak jadik omputeh sangat la. tak der maknanya. kena sarapan makanan melayu jugak baru perut sedap. hehe..

Entry Maleh

Serius maleh giler nak apdet blog la ni. memalam balik tgk tv je. tak der nak online2 bagai. ingat nak balik kampung je esok ni. huhu.. padahal baru je 3 minggu tak balik kg. korang tgk je aa gambo kat bawah ni ek.

ain bergambar dengan ayam. "senyum.." kata ain pada ayam. huhu..


Ain makan ayam bakar. "cedap!" ;p

ok dah la. tu je nak apdet. terima kasih. huhu..

Saturday, December 12

Walimah Nora

Semalam kitaorg bertiga (saya, jalil ngan alya) telah menjalankan misi ke segamat untuk pi kawen nora. nora ni dulu classmate saya masa degree then bila dah keje, 'ter'keje kat tempat yang sama. so kitaorg adalah 'ter'kamceng w/pun sekarang keje bahagian lain2. huhu..

Seperti biasa bila sampai haruslah makan dulu kan. makanan org kawen cam biasa la. nasik kuning ngan ayam n daging. ada sayur sket. sedap gak org segamat ni masak ek. huhu.. saya makan ciput je. sebab dah kenyang makan macam2 sepanjang perjalanan. berjalan ngan mak buyung harus keje makan je dalam kete. hahaha..

Pengantin senyum lebar. inilah nora. cantek tak? hehe.. bini orang.. bini orang. hahaha.. masa ni kitaorg dapat panggilan dari sorang lagi geng kamceng dari jepun iaitu iryd. tu yang nora senyum lebar tu. tapi dia tak dapat nak cakap coz bz nak bersanding.



Orang tak ramai. cuaca pun tak baper nak panas tapi berpeluh gak la. kitaorg sibuk nak bergambar w/pun acara merenjis tak mula lagi. so dapat aa gambar sipi2 je. hehe..

Pengantin atas pelamin. gambar ni khas untuk iryd. iryd kawan kita dah kawen. hehe.. pasni ada kawan 'membuyung' sekali la. haha..

Yang ni juga untuk IRYD. tengah 'menyibukkan diri' tengok pengantin bersanding saya pandang belakang then nampak family ni. family iryd datang untuk raikan nora. ada lagi 3 org adik dia mai tapi tak masuk plak dalam gambo. hehe.. yang penting gambar umar ada kat sini. hehe..

Kami ngan pengantin. kelam kabut bergambar sebab sibuk nak balik. ye perjalanan kami masih jauh tau. terpaksa aa gerak awal sket. janji dapat tengok nora sanding. pada nora n hubby selamat pengantin baru!

Friday, December 11

Mas Kawen Selangor Naik RM300.00


Bila pahang punya nak naik jugak? huk huk..

Monday, December 7

Kenangan Jeti Penambang

Apa persamaan gambar di atas? huhu.. ye kami memakai tudung yang sama. beli bersama di tempat yang sama gak tau. hoho.. kat mana kami tu? kami kat tebing sungai tahan dan sungai pahang. sajer masing2 gatai datang ke tepi sungai untuk tengok sungai. bleh? huhu.. pada saya banyak kenangan sungai tu. dulu nun di seberang sungai adalah sekolah menengah saya. duk asrama tapi tiap2 bulan balik kampung saya akan naik bot untuk balik semula ke seberang sini. nostalgik betoi kan.

Inilah jeti ke sekolah menengah saya. jeti ni jugak digunakan bagi sesiapa yang nak ke taman negara ikut jalan air. tapi selalunya diorg guna jeti batu langgup. selalu kawan2 saya masa sekolah dulu nak balik taman negara naik bot kat jeti ni lah. kalau ikut jalan darat lalu kat kampung saya. tapi untuk ke seberang still kena naik bot. saya paling ingat ada beberapa org kawan sekolah penah jatuh dalam sungai ni depan mata saya. puncanya tak der orang pegang bot masa naik ke jeti. orang depan naik dengan tak sengaja tertolak bot ke tengah n kawan saya tu tak pandang bawah terus melangkah. debush..!! terus ke dalam air. sib baik pakcik bot cekap. terus terjun selamatkan kawan saya.

Aritu saya pegi ke sana dah tak banyak bot tambang untuk ke seberang. mungkin orang lebih suka guna jalan darat dari guna jalan air kot. lebih selamat. hampir 15 minit kitaorg berdiri kat tepi sungai baru nampak pak cik bot jalankan botnya. ada 2 orang penumpang. pak cik tu saya nampak pusing 4 jeti untuk ambek dan turunkan penumpang. dulu2 tambangnya tak sampai seringgit. sekarang tak tau lah baper. hajat hati teringin jugak nak ke seberang. sajer jalan2 tengok2 pekan kuala tembeling dah dah lebih 15 tahun saya tinggalkan.

Tapi sebab musim2 ujan ni kan. takut plak nak naik bot. lagipun dah lama sangat saya tak naik bot. so tak jadik aa pi. teringin nak ke seberang untuk tengok sekolah lama. jumpa auntie yang ada kedai runcit tempat kami student selalu beli barang keperluan hari bila outing hari minggu. lalu di antara lorong yang ada kedai2 kecik kat tepi jeti penambang yang jual macam2 barang2 dapur. wah kenangan betoi. nak jugak melawat sekolah lama. tapi mungkin tak naik bot kot. better ikut jalan darat. bila? entah la. saya tak penah ikut jalan darat ke sekolah tu. huhu..

Sunday, December 6

Makin Addicted

Saya bukan pemain games tegar. tapi tau aa men games2 kat komputer. tak der aa buta sangat sampai tak reti men games langsung. dan sebelum ni games bukan aa prariority saya kalau on komputer. kalau dah tak der keje sangat n dah boring men internet n wat kije saya tutup je pc. langsung tak terpikir nak men games pun.

Ada satu hari tu cyn kasi saya games. ada aa dalam 10 games. memula maleh nak men. yelah memang saya tak suka men games kan. tapi ambek aa jugak. mana tau kot2 rajin nak men. memula buh kat laptop opis. pastu buh kat laptop. pastu dah berjangkit kat laptop adik. lastnya kami semua giler men games. huhu.. tapi setakat tu je la. abeh level men semula pastu dah abeh mula smeula. tu je la keje saya. gilo tak gilo.

Sampai satu ketika saya bising2 tak reti men games kat facebook. ada plak makhluk tuhan yang rajin nak ajo saya. datang meja saya semata2 nak ajar saya men games kat facebook. jasa hang aku kenang sampai bila2 la. huhu.. nampaknya aku lagi terer dari hang. dah potong level hang dah ni. haha..

Sekarang masalahnya saya dah addicted ngan games kat facebook. balik dari mahkamah bleh ingat games dulu dari kije yang menimbun2 tu. gilo2. kadang2 duk leka ngan games langsung lupa nak bukak blog pun. bahaya ni. sampai blog pun dah lupa nak bukak ni. rasanya saya patut buang tabiat tak bagus ni. games sudah over shadow blog maa.. agak2 cam ner nak kasi slow down men games ni ek? ada cadangan tak?

Nota tangan kanan : abehlah pasni duk usung laptop je la. nak men games punya pasal huhu..

Saturday, December 5

Belum Pegi Dah Penat

Esok nak pi langkawi. sonok? tak! huhu.. pi wat kije beb.. bukan pi jalan2. kalau pi jalan2 memang melompat la sukanya. belum tentu dapat jalan2 pun nanti. tah2 3 hari tu duk la terperap dalam hotel. langsung tak ke mana. lagi satu tak excited sebab saya baru lagi pi langkawi ngan family bulan 5 aritu. so rasa excited tu takder dah.

Ni belum pegi lagi ni dah penat. sebab pi naik kete. bayangkan perjalanan 6 jam nanti dengan naik kete waja. amboi! menyebutnya je dah naik semput dah ni. belum jalan lagi. badan dah tua2 ni tak larat aa nak jalan jauh naik kete lagi. balik kampung tu terpaksa drive. kalaulah ada kapal terbang landing depan umah saya mesti naik kapal terbang balik kampung tiap2 bulan. hohoho.. berangan!

Friday, December 4

Penat Otak & Jantung

Seminggu ni memang giler. kalau tak pikirkan keje lama dah saya giler kot. huhu.. mula dengan sms yang masuk pada ari raya haji kedua dari PO saya mintak kumpulkan saksi untuk briefing sebelum bicara kes arini. lepas dapat sms tu tido dah mula tak baper nak lena. jap2 jaga.. jap2 jaga.. mimpi tak yah cakap la. mimpi pasal kes tangguh la. mimpi pasal OKS ngaku salah la. memacam la. tak tenteram betoi idup. oleh kerana kes tu cuti terpaksa dibatalkan. saya sepatutnya cuti sampai 1/12 terpaksa balik 30/11 sebab nak kumpulkan saksi dan siapkan semua dokumen terlibat.

Mula ari rabu 2/12 hidup semakin teruk. tak terurus. huhu.. pepagi lagi kena bertolak ke melaka untuk briefing saksi. w/pun saya akan dipanggil sebagai saksi paling last coz saya IO tapi seperti biasa IO diperlukan di mana2. nak tak nak terpaksa pegi untuk bincang n briefing sekali ngan PO n saksi. rabu tu datang tak bawak baju untuk bermalam kat melaka. so petang terpaksa patah balik ke putrajaya. soalan untuk saksi keempat tak sempat siap. gilo. dari pukul 10.30 pagi duk kat kerusi sampai kul 5.00pm punggung duk melekat je kat kerusi. lunch pun tak. itu pun briefing tak siap. giler tak giler. patah balik putrajaya terus ke opis. siapkan eksibit semua. fotostat semua eksibit mengikut permintaan PO. pukul 9.30pm baru balik umah.

Semalam dalam pukul 9.30 pagi gerak balik ke melaka. terus ke MPAG untuk ambek pengesahan untuk cukai taksiran pengadu. sib baik urusan lancar je. pastu terus check in hotel, solat then terus ke PTG sebab saksi ketiga belum brief. kena ke sana untuk bincang n brief saksi ketiga. lepas siapkan briefing n susun eksibit terus gerak ke hotel. otak dah beku gilo. jantung plak debar2 nak pi mahkamah.

Kuar dari hotel dalam 7.30 pagi. terpaksa kuar awal sebab nak kena ambek saksi di cheng. saksi tu takder kenderaan. sebab dia kena kasi keterangan arini dan sebagai IO yang baik saya ambek dia kat umah n bawak pi mahkamah. baik betoi IO ni kan. huhu.. sampai mahkamah 8.30am. jumpa ngan OKS. bleh dia tak kenal saya. hehe.. borak punya borak dia kasitau lawyer dia tak bleh datang coz ada kes kat tempat lain. ingat tangguh aa kes. hati dah gembira2 sebab mungkin tangguh kes coz lawyer tak datang. rupanya judge suh jalan kes jugak.

Saya sepatutnya tak yah nak debar2 aa kan sebab saya tak beri keterangan arini. tapi tak der maknanya. saya rasa saya lebih debar2 dari saksi2 lain. kes ni kira kes sulung siasatan saya sepenuhnya yang bicara. penah ada sebelum ni tapi just IO gantian. pastu OKS ngaku salah plak. tak der aa bicara. tapi saya still kena duk kat bilik saksi coz saya kena dibuat pengecaman. w/pun buat pengecaman tak perlu nak cakap apa2 saya berdebar macam nak tercabut jantung. giler kan.

Dalam kul 3.00pm kes ditangguhkan ke bulan 1 tahun depan. banyak keje kena buat lagi ni. lepas bincang2 ada 1 2 saksi lain nak kena panggil. so semua pun kena buat rakaman tu. ada jugak saksi yang dah ada kena buat rakaman semula untuk kuatkan kes sket. harap2 kitaorg menang la kes ni. w/pun sebenarnya kitaorg tak kisah pun sebab ni macam kes percubaan tapi kalau menang itu satu bonus untuk pasukan kitaorg. bak kata PO saya "kalah menang lain citer, yang penting kita cuba yang terbaik!"

Wednesday, December 2

Sempoi

Sempoi dak header baru cek tu? oklah kan dari tadek. cek mana nak reti buat header cantik2. janji ada sudah. tu nasib baik nak letak. kalau tak togel je aa header cek tu. oklah nak dekat kul 1.00 pagi. esok pepagi cek nak pi melaka plak. ada briefing ngan saksi. jumaat ni ada bicara. puh2.. mintak2 OKS ngaku salah lagi. berdebar cek nak jadik saksi ni. huhu..

Tuesday, December 1

Usaha Kungfu Panda

Yey! akhirnya dapat gak tgk kungfu panda. baru abeh ni. sonok2. dari 29hb aritu masa tayangan pertama kat HBO duk gedik2 nak tgk. tapi 29hb kat kampung. astro kat kampung tadek movie. so tak dapat tgk. duk tunggu aa balik umah sewa baru nak tgk. duk tgk astro view tu bila lagi ulang tayang citer tu. siap letak reminder kat hp takut terlepas tayangan. huhu..

Sepatutnya saya bercuti sampai arini kat kampung. tapi oleh kerana ada keje yang sangat mendesak saya terpaksa balik ke umah sewa semalam. rugi cuti 2 hari. tapi apa kira. saya cuti gak. pi opis jap je pastu balik umah. nak jugak cuti. huhu.. oleh kerana saya balik umah sewa awal bleh aa tengok kungfu panda arini. arini tayangan dia kul 3.00 pagi, 7.00 pagi ngan kul 5.15 ptg. hahaha.. tau detail tu. itulah gunanya astroview tu. huhu..

Saya memula dulu tengok citer ni kat wayang. tgk ngan sapa lupa dah. lama dah pun kan citer ni. tak tau naper saya suka citer ni. padahal katun je. tapi kalau tengok di sebalik yang tersirat tu banyak pengajaran dia citer ni. bukan setakat citer katun budak2 je. saya paling suka bila ayah po cakap,

"Untuk jadikan sesuatu istimewa tak perlu ramuan rahsia,
hanya perlu anggap ianya istimewa dan ianya dah jadik cukup istimewa"


Satu lagi tentang kepercayaan. memula shifu langsung tak caya yang po tu dragon warrior tapi bila oogway kasi semangat dan cakap kepercayaan tu ada dalam diri shifu n kalau shifu percaya po boleh jadik kungfu yang hebat mesti akan jadik kenyataan. dengan itu shifu dapat ajar po kungfu dalam masa singkat w/pun po langsung tak penah belajo kungfu sebelum tu sebab dia tanam kepercayaan dalam hati dia yang po adalah dragon warrior. betoilah kalau kita percaya dengan sesuatu benda tu tak mustahil dia akan berlaku. yang penting percaya. jangan cepat putus asa. usaha je sebab bila kita percaya semua benda bleh jadik. usaha kan tangga kejayaan. tuhan dan janji kalau kita usaha kita mesti dapat. so usahalah selagi bleh!
Lilypie Next Birthday Ticker