Merayap2 ke blog2 sahabat2 then jumpa satu entry menarik di blog mama hanis cik nani. citer tentang kolestrol dalam badan. kalau nak kolestrol kurang kena ikut adab2 makan seperti di bawah eh.
JANGAN MAKAN
1. Daging merah (sekali seminggu tidak mengapa) - kadang2 hari2 huhu..
2. Daging yang diproses - Jarang sekali
3. Daging organ dan bahagian dalam seperti hati dan limpa. - pun kadang2 hari2. saya suka hati ayam ;p
4. Kulit ayam atau itik. - my peberet! cam ner ni?
5. Makanan bergoreng dan kuah berlemak seperti nasi lemak. - also my peberet! :(
6. Produk tenusu yang tinggi lemak. - tak suka produk tenusu. sib baik :)
7. Kurangkan gula putih bertapis dan makanan berproses. - memang minum air suam je tiap2 masa pun. selamat!
8. Buangkan pengoncang garam. - saya suka masin! :(
9 Minyak masak dan majerin, dan produk komersial yang mengandungi asid lemak trans (lemak berhidrogen dan separa berhidrogen). - jarangggggggg sangat :)
10.Elakkan ikan masin, jeruk, belacan dan kicap komersial. - selamat! saya tak makan ikan masin :)
11.Makanan yang hangus kerana memanggangnya atau menggoreng pada suhu yang tinggi. - hangus buang la. buat per makannyer :)
12. Hadkan makanan yang mengandungi bahan pengawet, pewarna tiruan dan perisa. - tapi saya suka. cam ner?
SILA MAKAN
1. Daging putih daripada ayam itik. - me love ayam so much :)
2. Ikan terutama sekali yang mengandungi lemak EPA (tiga kali seminggu seperti salmon, tuna, tenggiri, sardin dan hering). - hayoh! saya hanya makan ikan kalau masak sendiri. so tiap2 ari kena masak lah ek :(
3. Produk tenusu berlemak rendah. - sekali lagi. saya tak suka produk tenusu.
4. Buah-buahan beraneka warna yang kaya dengan antioksidan daripada flavonoid dan karotenoid, vitamin B dan gentian (serat). - suka buah tapi maleh mau pi beli. so cam ner? ;p
5. Sayur-sayuran beraneka warna yang kaya dengan beta karotena, vitamnin C, E dan B, gentian tinggi dan flavonoid. - suka sayur but also maleh mau pi beli ;p
6. Kacang dal dan kacang-kacang lain. - kureng makan kekacang.
7. Majerin - pilih majerin lembut mono tak tepu yang bebas daripada asid lemak trans. Banyak gunakan minyak zaitun. - jarangggggg makan benda alah ni.
8. Bijirin, kacang-kacang dan legum. - kan dah cakap. kureng makan benda2 kacang ni.
9. Pasta - hmm.. apa benda ni eh. cakap tak penah makan bleh ;p
10.Bakar atau panggang makanan bukan menggorengnya. - ayak! umah saya tadek oben mau bakar2 :)
11.Pilih karbohidrat kompleks seperti beras perang, capati, roti gandum asli, bijirin oats dan jagung. - ni bukan makanan org sakit ke? ;p
12. Banyakkan makan bawang putih, bawang-bawang lain, halia dan kulat. - suka bawang besar very much!
13.Minum lapan gelas air bersih atau air mineral setiap hari. - tengah cuba la ni.
Hayoh! cam mana ni. banyak plak pantang larang untuk jaga kesihatan ni kan. tapi kena la buat. lelagi umur dah meningkat ni. kena jaga kesihatan betoi2. baru umur panjang. wah! bleh gitu. jodoh, pertemuan, ajal maut di tangan tuhan yer. tapi insyallah kalau kita usaha Allah janji akan ada hasilnya. so tak salah mencubakan. bukan kena bayar pun. nak beli barang makanan kena bayar bleh plak beli kan hehehe.. so jaga lah kesihatan sementara sihat. kang dah sakit baru nak makan makanan2 sihat dah tadek maknanya. pesanan khidmat masyarakat ini di bawa dengan ikhlasnya oleh saya untuk anda. selamat jaga kesihatan semua!
No comments:
Post a Comment