
Petang jumaat lepas saya bawak mimi pi klinik lepas saya rasa dia demam teruk n selalu bersin2. sib baik klinik mesra dah bukak kat putrajaya. kalau tak payah plak nak bersesat barat mencarik klinik. sampai klinik doktor terus bawak masuk treatment room. saya isi borang bagai then nampak doktor tengah ambek suhu badan mimi. pastu tgk mimi kena inject. pastu doktor suh saya pegang mimi. doktor kata suhu badan mimi panas agak melampau. saya jeling jangka suhu tu 42 darjah! panas tu. wawa cakap suhu kucing 38.6 je normal. sian mimi. cam ner aa bleh demam teruk cam tu.
Doktor cucuk 2 kali then kasi ubat demam ngan ubat kahak kat mimi. bawak balik mimi duduk je. mata pejam pastu kuar air sebab panas sangat badan dia. 4 5 hari lepas tu saya tengok mimi makin teruk. makan dah tak nak semua. saya dah ingat dia nak mati dah. nak bawak pi klinik lagi ubat belum abeh. so tunggu ubat abeh baru bawak semula. sepatutnya khamis saya bawak mimi pi klinik tapi rabu ptg saya balik keje dia dah sihat. ajaib betoi. apa petua? saya bentikan dia dari makan ubat. betoi selasa malam tu saya dah tak kasi dia makan ubat. pagi rabu pun saya maleh dah nak kasi dia makan ubat. tetiba balik keje rabu tu dia sihat plak.
Saya balik keje dia kejar. pastu cam biasa dia suka cakar2 tayar kete saya. tu memang habit dia. saya balik keje dia kejar pastu terus cakar2 tayar kete saya. masuk umah saya sajer gorengkan ikan, dia makan separuh. pastu saya suap makan biskut dia makan banyak! kagum betoi saya. kompem sihat dah aa tu. dah nak makan minum semua. gembira betoi rasa. huhu..

No comments:
Post a Comment