Selamat Pagi!
Dah lama tak menulis panjang2 kat sini. tetiba arini rasa nak menulis. tak tau aa panjang mana plak ni. dah 5 hari puasa kan. alhamdulilah 4 hari sebelum ni saya dapat menyempurnakannya dengan baik. terawih pun tak der tinggal lagi. nak try buat sehabis baik tahun ni.
Citer pasal terawih ni tiba2 teringat mula2 belajar terawih masa di sekolah dulu. saya bersekolah asrama dari form 1 sampai form 3. form 4 n 5 sekolah harian biasa je. tak larat nak duk asrama katanya. tapi bila pikir2 balik duk asrama ngan sekolah harian biasa sama je lebih kurang belanja dia. duk asrama kena bayar asrama n tetiap hari pun kena belanja gak kat sekolah. duk umah (sekolah harian biasa) kena bayar pas bas sebulan pulak n belanja sekolah gak. lagi best duk umah. bleh makan mak masak ari2 kan.
Saya mula belajar terawih semasa duduk di asrama. dulu kat sekolah kami tiada surau besar. surau lelaki dan perempuan asing2. so solat terawih pun asing2 la. kat surau perempuan, perempuan kena jadik imam sebab suraunya asing2. saya tak tau naper susah sangat saya nak abehkan solat terawih w/pun buat 8 rakaat je time tu. solat tak pernah duk depan. mesti duk barisan belakang manjang. biasa lah duk asrama kan. kawan2 ramai. dok bergelak2 kat belakang last2 2 rakaat je yang sempurna. yang lainnya duk berborak2 kat belakang sambil tunggu orang abeh solat. nak balik asrama takut warden marah coz orang tak abeh solat lagi kitaorng dah balik. teruk betoi la.
Sekarang ni bila ingat balik saya rasa pelik. naper lah dulu saya susah sangat nak abehkan 8 rakaat tu. padahal bukanlah payah sangat. imam baca surah pun pendek2 je. itu zaman budak2 la. la ni insyallah setakat 8 rakaat tu saya mampu abehkan. tapi sebab duduk asrama lah saya tahu semua tu. sebab duk asrama saya berani jadik imam solat sekarang insyallah. sebab duk asrama jugak saya dah macam nak hafal surah yasin coz tetiap malam jumaat wajib baca. dulu jaki betoi tengok senior2 lancar baca surah yasin. siap bleh hafal tu. sekarang alhamdulilah saya pun sudah jadik macam tu.
Sebab duk asrama jugak saya pandai solat berjemaah. teringat masa nak PMR. kitaorang ramai2 senior form 3 (sekolah saya masa tu hanya ada form 1 - form 3 je) buat solat hajat. pastu solat isyak baca yasin pastu baru buat solat hajat. ada gak adik2 junior yang ikut. yang paling tak bleh lupa lepas solat hajat tu kitaorang bermaaf-maafan. dalam barisan, mula dengan imam salam sorang2 sampai abeh semua jemaah. bertangis-tangisanlah kitaorng time tu. yelah mintak maaf masing2 kan. nak peksa time tu. haruslah mintak maaf, mintak halal apa2 yang patut. ustazah kata mohon maaf pada semua org. mintak halal semuanya. mintak maaf kat kawan2, mak ayah n cikgu2. kitaorang bebetoi buat tau. hari isnin nak PMR hari jumaat tu hari mintak maaf pada semua org. jumpa semua cikgu2 mintak maaf n mintak halalkan ilmu. masa nak SPM pun saya buat tau w/pun time tu saya sekolah kat tempat lain. benda yang baik. tak salah kalau teruskan.
Sebab duk asrama gak saya jadik berani. dulu asrama saya tu macam2 citer dengar. orang kata keras lah kot. ada yang kena histeria. sakit berjangkit. sorang sakit perut pastu dah semua nak sakit. gastrik katanya. malam2 warden duk kena hantar diorang pi klinik. sib baik klinik depan sket je dari sekolah. senang nak antar kalau sakit. sebab ramai sangat yang gastrik saya dah kenal sangat ubat gastrik putih kapur tu. alhamdulilah saya tak pernah plak sakit yang bukan2 tu. paling2 pun demam je lah. tapi tak der aa yang teruk2.
Kalau pikir balik banyak kebaikannya duk asrama ni. tapi yang paling tak tahan makanan dia la. tetiap minggu makan makanan yang sama. siap ada jadual lagi. dah tahu arini makan apa, lauk apa. orang cakap duk asrama gemuk coz makan nasik kawah. bohong lah. saya tak gemuk2 pun. kecik cam tu gak. dah umur 26 kot baru berat saya bertambah sket. orang cakap metabolisme tinggi.
Satu yang tak bleh lupa, sebab duk asrama gak saya jadik sangat berdikari. semua benda saya bleh buat sendiri. sebenarnya saya sudah jadik berdikari dari rumah lagi. saya kan anak sulung dari 3 beradik perempuan. tak der lelaki tau. so keje2 lelaki pun saya buat gak. setakat panjat pokok ke bumbung rumah ke sampai arini still boleh lagi apa. hehe.. sebab tu lah Allah kasi saya bertubuh kecik kot. fleksibel. semua bleh buat. saya manage semua benda sendiri. nak pi mana pun sendiri n sorang2. susah ajak2 orang ni. banyak bunyi. buat sendiri lagi senang. kadang2 risau gak. macam mana lah kalau saya dah kawen nanti. semua benda nak kena buat laporan ni. haha..
Banyak betoi benda saya belajar kat asrama rupanya. duk asrama sebenarnya merapatkan kita lagi dengan kawan2. dekat asrama apa2 semua kawan2 je. mak ayah jauh. paling2 ada orang lain pun warden asrama. saya perlu ucap terima kasih lah kat Asrama saya dulu asrama Sekolah Menengah Kuala Tembeling. asrama yang banyak ajar saya untuk jadik manusia yang lebih baik. pelajaran bukan datang dari guru je tau. tapi gak dari pengalaman. itupun kalau kita pandai mencarinya.
1 comment:
Baik ko buat cerpen ajelah...pandai norr...
Entry yg menginsafkan aku..
Post a Comment