First time kena tagged by elcy. ini untuk Breast Cancer Awareness Month. saya support untuk emak saya. untuk yang belum tahu emak saya penghidap penyakit ini. tapi alhamdulilah emak sudah semakin sihat. rambut emak sudah tumbuh cantik!
kronologi penyakit emak.
1. 2 minggu sebelum ramadhan tahun 2007 mak dibedah di hospital temerloh.
2. lepas raya 2007 mak mula buat kimoterapi 6 kali sehingga bulan 4/08 di hospital temerloh.
3. akhir bulan 5/08 mak mula buat radioterapi 15 kali di HKL tamat pertengahan bulan 6/08.
4. selepas radioterapi mak kena makan ubat selama 5 tahun berterusan setiap hari.
5. setiap 3 bulan perlu berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan.
14 syawal aritu seorang sahabat telah pergi ke rahmatullah akibat penyakit ini. al-fatihah untuk arwah. kata emak penyakit dia dah teruk sangat. may be dia segan nak pergi jumpa doktor. akibatnya dia terlantar di hospital. seperti kita ketahui penyakit ni adalah penyakit pembunuh utama sekarang. so jangan malu2 nak jumpa doktor kalau rasa ada perubahan dan sakit dibahagian tersebut. mencegah lebih baik dari mengubatkan.
nak kena tagged orang lain ek. sapa ek? may be
1. dee
2. iryd
3. cyn
4. cik amani
5. hajar
2 comments:
eija, ye ke? tak tau pula. baguslah kalau emak awak dah semakin sembuh. yalah, terutama orang2 tua ni, mereka segan nak tanya doktor dan tak tau yg mereka sebenarnya boleh minta doktor perempuan.
betoi tu. tu pun adik yang bising2 suh gak dia pi jumpa dr. kalau harap dia je memang tak pegi aa jawabnya.
Post a Comment