Thursday, October 9

Merendang Untuk Close House

Malam ni ada open house kat umah dr azim. saya dengan berbesar hati telah mengofer diri merendang untuk majlis tu. siap tepon mak tu tanya baper banyak santan nak masuk kalau buat rendang 2 ekor ayam.

puan-puan inilah cara2 membuat rendang simple resepi mak saya ek. memula kita potong2 aa bawang putih, bawang merah, halia, serai n cili kering.


Pas potong2 tu blend je. masuk semua dalam satu blender pastu masukkan santan. blend je sampai halus. sehalus yang korang nak aa. ada yang suka tak baper halus. ada plak yang suka hiris je semua bahan2 tu nipis2. tak yah blend. menangis aa saya kalau nak hiris semua bahan2 tu. banyak. kul baper plak nak siapnya nanti. so untuk orang pemalas cam saya better blend je. senang!
Ini bahan utama dia. ayam. bleh gak nak buh daging ke, udang ke, kerang ke or apa2 aa yang korang suka. kali ni saya buat rendang ayam. memula budak2 gacos request rendang kerang. saya tak kisah. tapi cam tak masuk plak kalau nak makan ngan lemang. so kita buat aa rendang ayam ye puan2.
Bahan2 yang dah siap blend tu masuk semua dalam kuali. tambah aa santan sket lagi coz santan yang blend bahan2 tu sket je. kacau2 sket n biar sampai mengelegak. tak yah masuk ayam dulu. bila dah mengelegak baru masuk ayam. kang hancur ayam masuk awal2. tapi kalau guna ayam kampung or ayam tua better aa masuk awal2 coz ayam2 tu liat sket. bila masuk awal cepat sket dia empuk.
Dah mengelegak n kuah makin pekat kita masukkan plak ayam. kecikkan sket api. takut hangus plak nanti. pastu kacau je aa selalu. kuah dia makin bertambah nanti sebab air ayam keluar. masa ni aa masukkan garam n serbuk perasa.
Bila dah makin kering bleh aa tutup api dan hidangkan. tapi yang ni saya nak hidang petang kang. katanya untuk open house kannn. tapi namanya open house ni. jemputan untuk datang dah ditentukan. so kira close house aa ni. hehe.. tak per kalau nak makan datang aa umah. bebila saya bleh masakkan.

5 comments:

akirasuri said...

Salam..

Nampak sedap rendang tu.. :D
Selamat hari raya.. :)

crisda79 said...

salam

tq cik akira jenguk blog saya yang tak seberapa ni. selamat hari raya jugak kat awak :)

Cuyek said...

sedih tak dapat menikmati rendang ko mlm td..makan sikit je, tekak tgh sakit ni, kena makanan pedas sikit, meledak je batuk.

elcynthia 엘신티아 said...

uih... eija, thanx for the posting. siap dgn gambar2 mcm nie, jelas pandangannya. rasanya...esok2 ni saya nak masak rendang lah dgn ayam yg baru dibeli pagi tadi.. hohoho...

crisda79 said...

jadi tak rendang nyer elcy?

Lilypie Next Birthday Ticker