Semalam jalil ada suh saya kasi tazkirah pasal dosa2 meninggalkan solat. so murid2 arini ustazah nak kasi tazkirah pasal dosa2 meninggalkan solat. wah ustazah katanya huhu..
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang
subuh, nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang
zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang
Asar dengan sengaja, dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang
Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang
Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.
Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :
Sabda Nabi s.a.w. :
"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan
15 perkara iaitu :
Enam perkara seksaan di atas dunia1. Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya
2. Dikurangkan rezeki di dalam usahanya
3. Tiada dipelihara baginya agama Islam
4. Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
5. Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.
6. Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya
Tiga perkara sewaktu hendak mati1. Dimatikan dalam kehinaan
2. Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
3. Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyak mana pun
Tiga perkara sewaktu dalam kubur1. Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
2. Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dahsyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.
3. Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata:
"Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh"
Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.
ok murid2 itu je tazkirah kita untuk arini. tetiba rasa takut plak bila baca tazkirah balasan2 tu. oleh itu kawan2 dan murid2 sekalian jangan aa tinggalkan solat dengan sengaja. baca balasan nya je dah buat kita takut. tu belum kena lagi tu.
sumber : virtual friends website