Thursday, June 4

Giler Novel

Giler maleh nak updated blog sejak sakit tangan ni. tapi sakit2 pun still online gak. klik 1 artikel pastu baca je. nak pegang mouse lama2 tak bleh. susah jadik addicted ni. lelagi ada plak yang tanya bila nak updated blog. rasa bersalah plak hampakan 'peminat' kan. hahaha.. peminat katanya. so malam ni updated aa sket. citer lama ni. citer saya pi keje luar kat penang minggu lepas. oklah kan. janji berupdated blog saya ni.

Lepas abeh buat keje. saya ngan my bos n kawan2 telah pi ke caurasta (tak tau aa ejaan dia betoi ke tak) market kat penang tu. kalau orang penang memang sangat familiar ngan caurasta ni. saya selalu gak dengar. tapi ni kali pertama pi. diorang cakap kat sini banyak jual jeruk. memang betoi pun. banyaknyer ya ampun. tapi tujuan asal kitaorg ke situ bukan nak carik jeruk. tapi nak carik buku2 terpakai. my bos aa nak carik buku kanak2 untuk anak2 dia. seriusly kalau my bos tak cakap kat situ ada kedai buku terpakai saya memang tak tau sebab caurasta saya tau ada jual jeruk je. hehe..

Seperti ramai yang tau selain addicted ngan blogging saya gak addicted ngan buku. giler banyak buku2 terpakai kat situ. blink2 mata saya tengok. rasa cam nak beli semua je. buku2 still cantik2 la n harga sangat murah dari yang baru. bleh dapat separuh harga aa dari harga asal.

Ini bukan stor buku tau. ini kedai buku terpakai. tu kalau tetiba buku2 tu jatuh mati kena hempap buku. haha..

Giler banyak kan. yang buat saya kagum angkel2 tu ingat kat mana dia letak buku2 dia w/pun dah bertingkat2 cam tu. jumpa je kalau dia carik. haha.. buat yang tak tau kedai buku tu kat atas market tu. jeruk ngan barang basah dia jual kat bawah n kat atas ada kedai2 baju, tudung n buku2 terpakai ni. banyak gak kedai nya. ada 4 5 kedai rasanya. kena pandai mulut manis aa kalau nak dapat harga murah. macam biasa. hehe..

Sebagai orang yang addicted dengan buku haruslah beli kan. saya beli buku2 penyiasatan yang sangat saya suka zaman2 sekolah dulu. buku hardy boys, nancy drew, enid blyton n alfred hitchcock. kalau korang nak tau dah lama saya carik buku2 ni. carik kat kedai buku dah tak jumpa. dulu zaman sekolah giler ngan buku2 ni. dah alang2 pi kedai ni tanya aa sekali. tu dia angkle tu bawakkan sebemban buku. gembiranya rasa nak loncat2. haha.. memula ingat nak beli semua. tapi memandangkan budjet ciput. so saya beli 20 buah dulu. nanti kalau datang lagi bleh borong lagi. giler!

Ini aa antara buku2 yang saya beli tu. setakat arini baru abeh 3 buah. sebahagian besar dari buku2 ni saya dah penah baca masa sekolah2 tu. saya beli balik untuk imbau kenangan zaman sekolah2 dulu. ee.. tak sabar nak beli lagi. hehe..

3 comments:

jalilsalleh said...

caurasta tu ejaan sebenarnya adalah chowrasta ye adik2

crisda79 said...

terima kasih ek abang2.. huk huk..

syntheare said...

Waaaa.......banyaknya buku. Tapi tu hampir semuanya aku dah baca dulu hahaha...

Lilypie Next Birthday Ticker