Wednesday, September 30

Kampungku Dilanda Musibah

Hujan batu bak peluru

Oleh Roselan Ab Malek
am@hmetro.com.my

JERANTUT: “Belumpun ketakutan saya sekeluarga reda selepas semua bumbung rumah diterbangkan angin kencang, kami sekali lagi ketakutan apabila melihat banyak ketulan ais s ebesar penumbuk orang dewasa menimpa bumbung rumah.

“Ketulan itu bertaburan dalam rumah sebelum cair dan membanjiri kediaman kami,” kata mangsa kejadian ribut disertai hujan batu, malam kelmarin, Siti Noriah Mohd Isa, 50, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kekura, di sini, semalam.

Dalam kejadian bermula kira-kira jam 7.40 malam dan berlarutan selama setengah jam itu, sebanyak 40 rumah di Kampung Pasir Sia, Kampung Kekura, Kampung Selimbar, Kampung Chebung dan Felda Sungai Retang, rosak teruk apabila ditimpa hujan batu selain bumbung tercabut ditiup angin.

Menurut Siti Noriah, walaupun dia mengalami banyak kerugian akibat perabot dan perkakas elektrik rosak, namun bersyukur kerana tiada anggota keluarganya cedera ditimpa ketulan ais itu.

“Ini kejadian pertama berlaku di kampung ini dan ia begitu menakutkan apabila melihat ketulan ais yang besar jatuh dari langit.

“Hanya Tuhan yang tahu betapa takutnya kami sekeluarga ketika ribut itu diikuti hujan batu menimpa kediaman seperti dihujani peluru,” katanya.

Peneroka Felda Sungai Retang, Bakar Dollah, 66, berkata dia dan isteri begitu takut selain terkejut apabila melihat kepingan bumbung zink rumah mereka ditembusi ketulan ais menyebabkannya berlubang-lubang.

Menurutnya, hentaman ketulan ais yang besar selama setengah jam itu menyebabkan dia dan isteri berusaha menyelamatkan barangan yang ada daripada basah tanpa memikirkan keselamatan mereka.

“Keadaan memang menakutkan dan kami agak kalut mendengar bunyi hentaman ketulan ais dan yang kami fikir ketika itu hanya menyelamatkan barang dan apabila hujan berhenti, bahagian dalam rumah basah.

“Apapun, saya bersyukur kerana sepanjang mengalihkan pelbagai barangan, kami berdua tidak ditimpa ketulan ais dan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya.

Bagi Mariah Mat Taib, 50, dari Kampung Chebung, kejadian hujan batu itu memang menakutkan apatah lagi dia hanya tinggal seorang di rumah ketika kejadian.


Nota Tangan Kanan : Kampung gue dilanda musibah rupanya. siap masuk surat kabo tu. cam ner bleh tak tau ni..

p/s : dee n cik imah sapa ek Bakar bin Dollah tu?

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker