Lagi seminggu je lagi dah nak raya. jap je rasa kan. dulu masa memula puasa rasa cam lambat je nak raya. arini dah 24 hari pun puasa. persiapan raya? entah. saya bersiap ala kadar je. selalu persiapan untuk family je sebab org jarang datang umah saya. huhu.. meh kita wat ceklis
baju raya - dah siap 4 pasang baju kurung. mak buat la sapa lagi nak buat. ada sepasang lagi tapi tak tau dah buat ke tak.
kuih raya - dah beli 7 jenis. mak oii.. banyak rupanya teman beli kuih raya. beskut 2 jenis je. lain2 tu kepek2 je yer. buat makan depan tv time2 raya nanti. kata maleh nak pi beraya umah org so duk depan tv je la. huhu..
kasut raya - iskk.. tak der aa teman cam bebudak nak beli kasut raya bagai. pakai je aa selipar jepun tu.. senang.. takyah risau kalau ilang time beraya.
duit raya - adik tuko kan. hosmet dia kan keje bank. tak yah aa teman teruk2 nak beratur kat bank semata2 nak tuko duit.
kemas rumah - kena kemas ke? tak yah kot. umah mak i kemas selalu. haha.. yelah umah tak der budak kecik. nak sepah apanya. paling2 pun nak basuh langsir je ngan lap2 sket2 je. yang ni jumaat ni baru buat coz teman balik kg jumaat ni. mak tak larat nak buat sorang so kena aa tolong.
bunga api & mercun - err.. dah tua2 ni nak main bunga api ngan mercun gak ke? seriusly sepanjang hidup teman tak penah main mercun pun. bunga api je penah. may be sebab adik badikku semer pompuan kot. so ayah tak kasi main mercun. nanti nampak kurang ayu. hahaha..
kereta - dah sebis 17/8 aritu sebab nak pi site kat melaka. so tak yah sebis dah aa raya ni. paling2 pun pam tayar n penuhkan tangki ngan minyak je.
Dah siap aa kira cam tu persiapan raya kan. tinggal tunggu raya je ni. semangat! bak kata ray ngan dina. huhu.. sabtu ni buat lemang ngan rendang. harus tunjuk skill wat rendang yang superb taun ni. tahun lepas (raya haji) punya rendang licin beb! tetiba terliur. tak sabo nak makan lemang ngan rendang. sodap yo lah! yum yum..
No comments:
Post a Comment