Tuesday, November 17

Musim Peksa

Esok dah nak mula SPM rupanya ek. itupun dengar kat era pagi tadi. kalau tak memang tak tau pun bila masanya spm. kang sedar2 dah lepas je. huhu.. lamanya saya dah tinggal kan spm. bayangkan saya spm tahun 1996. la ni dah tahun 2009. dah nak masuk 14 tahun pun. saya plak tak der adik yang sekolah lagi. apa citer pasal sekolah pun kitaorg satu family tak tau w/pun umah depan sekolah je. tiap2 ari nampak budak2 pi sekolah so dengan itu kami tahu sekolah tak cuti lagi. itu je. hehe..

Pagi tadi kat era fm duk citer pasal persediaan spm bagai. tetamu dia dr fazley. macam2 tips yang diberi sebelum, semasa dan selepas menduduki exam. dan macam2 masalah juga yang diceritakan. pasal harapan ibu bapa. budak2 yang tertekan nak pi exam n macam2 lagi la. ada yang tak bleh tido la. berdebar2 la. takut la. memacam la.

Takut ke nak spm? entah. saya tak penah rasa takut nak pi exam masa sekolah. bukan sekolah je. masa study kat u pun cam tu. tak tau naper. tak rasa apa2 selalu la. huhu.. memang tak der perasaan kot. cikgu or pensyarah kata exam, saya study 2 jam camtu malam sebelum exam pastu esok terus pi exam tanpa ada perasaan takut or berdebar. prinsip saya masa study kalau dah tak bleh buat tu tinggal je. hantar je kertas kosong. huhu.. tapi alhamdulilah sepanjang saya jawab exam tak penah plak antar kertas kosong. 2 baris ayat pun saya gigih gak jawab n antar. rekod saya jawab exam 10 muka surat tau. haha.. tetiba teriak di situ. apa aa saya merepek tu kan. hajar cakap dia nak pi spm berdebar tapi tido still lena. huhu.. saya tido jangan cakap la. lena selena lenanya. bom jatuh pun belum tentu sedar. hahaha..

Lain orang lain rasanya kan. ada yang takut sampai tak lena tido. sampai mimpi2 pun ada. cam bercinta tu. mandi tak basah, tido tak lena mengenangkan exam. takut tak lulus. nanti mak marah. abeh la.. saya pun penah rasa fail. mana plak tak penahnya. biasa aa orang suka study last minute n memain cam saya kalau tak fail bohong lah kan. yang penting cepat sedar diri la. usaha lebih sket dari biasa. usaha ke? usaha aa lebih 5% dari biasa cam tu. 5% cukup la. kang banyak2 pandai sangat susah plak. haha.. dasar pemaleh!

Untungnya mak saya tak penah plak marah beriyer2 kalau saya fail sampai pukul2 bagai. dia bunyi2 tu biasa la. namanya mak kan. kalau tak bunyi tu bisu namanya. huhu.. dengar je. jangan jawab. dosa. pastu usaha 5% lebih. nanti lulus dia diam la. kalau lulus cemerlang lagi dia suka. petua tu. sila ikut. hahaha..

Oklah untuk korang2.. eh! adik2 yang nak ambek spm tahun ni study smart tau. tak yah nak study hard2 sangat last minute ni. jangan paksa sangat otak tu. kang pecah payah. langsung tak bleh nak pi exam esok. huhu..

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker