Tapi saya tak pakai baju raya pun. beriyer2 lah pagi tadi gosok baju raya. sudahnya pakai kain nya je tak sampai sejam dah salin pakai suar. betoilah tahun ni raya cam tak raya je. orang datang pun tadek. kitaorg pi umah orang jangan cakap la. memang tak der lah kan.
Naper raya haji kita kena rasa camni. rasa tak macam raya. padahal raya haji takbir berkumandang 3 hari. raya puasa pas solat raya dah tak bleh takbir raya dah. raya haji ada ibadah korban tapi raya puasa takder. mungkin raya puasa sebab kita puasa sebulan kot. sebab tu excited lebih nak raya. ada ke org buat baju raya haji? tak penah dengar kan. tak baik tau korang 'menganaktirikan' raya haji. sama lah jugak dengan org yang menulih ni pun. huhu..
Saya penah tak balik kampung masa raya haji n saya yakin ada ramai yang penah tak balik kampung time raya haji kan? jangan tipu. tak baik. dosa. huhu.. saya penah sekali je la. masa tu study lagi kat jb. tengah struggle buat tesis masa tu. giler kalau tak lulus. oleh kerana hari raya korban terpaksa lah saya berkorban tak balik kampung demi mengenangkan tesis yang tak siap2 tu. sib baik akak jiran sebelah sedekah ketupat ngan rendang. dapat aa rasa sorang sket. huhu..sedey plak bila kenang balik.
Saya gak penah balik kampung masa raya haji sampai petang raya. masa tu kije kat kl. tak der kete lagi time tu. balik nek bas. tiket beli on the spot. mana nak ada ye dak. w/pun org tak baper nak balik tapi tiket bas still abeh tau. so terpaksa aa naik bas lambat sket. sampai aa petang dalam pukul 6.00pm. sedey gak masa tu. tapi apa nak buat. gitulah cara org merantau. haha..
Sekarang ni bila dah ada kenderaan sendiri petik jari je nak balik bila. tinggal nak tak nak je nak balik. rasa agak2 nak balik start enjin terus pecut. 2 setengah jam pastu terpacul depan umah mak. huhu.. selalu gak la buat cam tu. sib baik mak ayah bukan jenis rajin berjalan. kalau tak sampai umah takder org. padan muka. huhu..
No comments:
Post a Comment