Tuesday, November 17

My Feberet Boy n Girl

Ini dua orang makhluk lelaki n pompuan adalah anak jiran saya. pompuan nama ain n laki plak nama akim. ain umur 2 tahun 3 bulan cam tu n akim dah form 1. diorang 2 org ni adik beradik. jauhkan jarak diorang. ingat akim dah bongsu dah. rupanya 'teraksiden' plak. lahir aa ain masa akim darjah 5. dari kecik suka bertandang ke rumah mak saya dan jadiknya macam rumah diorang.

Amboi ko ain. silang panggung kaki ek ;p

"ini ain punya" kata ain pada mak long.

Si akim ni susah sket nak bergambar. so kena aa ambek gambar curi2. kalau suh pose memang tak der aa nak ambek gambar dia. jangan main2 mamat ni. kecik2 dah ada gepren. minggu lepas saya balik siap tunjuk gambar awek kat saya. cute! siap kasi biodata tu. biasa aa budak2. hehe.. ain plak kalau suh berpose terus tak reti nak senyum. so kalau nak ambek gambar dia kena ambek spontan. kalau tak mesti berdiri tegak n muka masam. tak paham betoi.

Dua2 pun memang rapat ngan kami 1 family. akim tu dari kecik memang kat umah tu aa tempat dia tido-baring-makan-mandi-tgk tv semua. dah macam umah dia dah. kalau mak dia tak der kat umah kitaorg aa dia merempatnya. huhu.. tapi best. saya kan tak der adik laki. so kira akim ni adik laki kitaorg la. best gak kongsi2 cerita ngan dia. kami pernah kipnep akim ni bawak jalan2 sampai ke kl pun. mak dia plak memang tak kisah. dulu kecik2 kalau tak der kat umah carik je kat umah kitaorg. kompem ada punyalah. kalau malam sikit punya susah nak suh balik. tektik nak tido umah kitaorg ialah tutup lampu siap2. then nanti mak dia tak kan carik dah coz ingat satu umah dah tido. hehe.. so selamat aa dia tido umah kitaorg malam tu.

Ain pun dah nampak cam tu gak perangainya. tapi tak penah lagi tido malam kat umah. kecik lagi pun. nak bawak jalan2 pun tak baper nak berani. minah ni buas sket. takut kang bawak jalan2 ilang anak orang. minah ni pandai nyanyi tau jangan tak caya. kalau petang2 kitaorg bawak pi main buaian kat taman kompem dia nyanyi. ala.. nyanyi lagu budak2. mak saya kan banyak koleksi lagu2 rakyat ni. ajar kat dia ingat plak tu. hehe.. minah ni gak suka giler main kat luar umah. kalau dah main kat luar memang payah nak bawak masuk balik. kecik2 ni bleh umpan2 lagi. selalu umpan ngan makanan la. huhu.. cam kucing plak. dulu kecik2 takut gile ngan kucing. kucing bunyi pun bleh nangis. la ni dah beso jumpa kucing je mesti nak hempuk2 kucing tu. gile ganeh la minah ni.

P/s : bila tanya ni buah apa? ain jawab BUAH CAWIT! huhu.. mentang2 anak peneroka sawit. semua buah pun cakap buat sawit. huhu..

3 comments:

Ibu n Abah said...

eija,
orang menumpang kasih pada yang sayang..sebab tu akim dan ain boleh berumah bertangga di rumah eija.
Salam kenal dari akak dan terima kaseh kerana sudi singgah di blog akak. nanti akak akan linkkan.

cik-imah said...

ye, kalau lama2 tak balik kg, rindu plak ngan bdk 2 ekor ni

crisda79 said...

akak,

TQ sebab sudi gak buat lawatan balas. salam kenal akak. :)

cik imah,

tu aa sal. kekadang duk sorang2 teringat2 plak. huhu..

Lilypie Next Birthday Ticker