Haila.. tetiba mengeluh pas baca entry LBS kat blog kak pnut. cam ner nak tgk ni. tetiba rasa takut plak nak tengok takut apa yang dibayangkan tak sama dengan apa yang nak saya tonton kat layar perak tu. dan saya yakin sangat citer ni memang tak macam saya gambarkan. saya takut akan merosakkan gambaran cantek yang ada di kepala sekarang tentang LBS bila saya tengok citer ni.
Dah banyak saya baca ulasan untuk filem ni. dan kebanyakan peminat novel LBS cakap citer ni hancur. oh! oh! cam ner ni. tapi lain bila baca review dari org yang tak penah baca novel ni. semua puji bagai. so mana satu yang saya nak caya eh? oklah ini mungkin sebab citer ni sangat fames kot. so bagi peminat novel ni diorg harapkan filem ni akan cemerlang cam novelnya.
Mungkin sebenarnya citer ni dah bagus kot. tapi sebab dia dibayangi oleh novel yang sangat fames dan best so bagi yang gilerkan novel diorg akan nampak filem ni hancur atau tidak bertepatan dengan bayangan masing2. kami adik beradik peminat setia novel ni. then sabtu aritu adik no 2 dah pi tengok citer ni antara ulasan dia;
"mula2 cita tu lembab sikit, tp ok la. best jugak" via sms
bila saya tanya sama ke lain dari novel dia jawab;
"sama la jgk, tp macam xpuas sgt sbb dlm novel tu watak2 dia detail. ada mak kasyah, along dia, parents cat semua. kat movie xde, kat novel bleh rasa dia rapat giler ngan sapi. kat movie nampak dia rapat sama-rata je ngan kawan2 dia" via sms
Hmm.. saya mau jugak tonton citer ni. mau tgk setakat mana hancurnya LBS di filem. saya anggap je la saya bukan tgk LBS sebab tak nak rosakkan bayangan novel LBS kat otak ni dengan kehancuran filem ni. so saya ikut cakap kak pnut,
"Ok lupekan soal excited, sebalik, kalau korang teringin nak tengok cemana karya LBS dihancurkan dengan jayanya oleh pengarah Sharad Sharan, sile beli tiket, dan kosongkan perasaan anda, dan berilah harapan yang rendah terhadap filem ini, just bayang-bayangkan tonton drama-drama arahan Rashid Sibir yang suka paksa penonton kasihan, dan menangis itu."
TQ akak. saya akan ikut cakap akak dan akan menonton LBS tanpa perasaan ;p
No comments:
Post a Comment