Wednesday, July 7

Myvi edisi khas untuk wanita


Model terbaru edisi khas Myvi bersesuaian untuk pemandu wanita yang memiliki ciri-ciri yang disenangi kumpulan itu mula berada di pasaran mulai hari ini.


KUALA LUMPUR - Memiliki kereta yang sinonim dengan perwatakan wanita menjadi impian pemandu wanita di negara ini, tetapi tidak banyak syarikat pengeluar kereta yang memberi tumpuan untuk memperkenalkan model kereta bersesuaian untuk kumpulan berkenaan.

Kini, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengambil inisiatif dengan memperkenalkan model terbaru 1.3L Myvi (Mvvi LE) edisi terhad yang memiliki ciri-ciri sporty tetapi bergaya bersesuaian untuk pemandu wanita.

Pengarah Urusan Perodua, Aminar Rashid Salleh berkata, model itu dikeluarkan khas untuk memenuhi permintaan dan cita rasa golongan muda dan wanita bandar.

Selain warna yang menarik, ia turut menampilkan beberapa ciri yang bersesuaian dengan keperluan kumpulan berkenaan.

"Kami memahami keperluan dan pentingnya bagi mereka (wanita muda dan wanita bandar) untuk mempunyai cermin solek dalam kereta.

"Oleh itu, kami menyediakan sekali cermin itu di bahagian sisi bahagian pemandu dalam model kali ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Sumber : www.kosmo.com.my

Waaa.. kalau lah saya bersabar dalam 5 6 bulan aritu mesti saya dah dapat kete ni.. nak nangis huhu.. tapi tak per la. dia cakap kete ni khas untuk pompuan so kebarangkalian untuk terjadik apa2 pada saya dan kete tu sangat tinggi. bukan la mendoakan tapi betoi gak. dah namanya direka khas untuk pompuan mesti majoriti yang bawak pompuan. so pencopet2 semua harus aim kete pink ni kan.

Dah check kat website perodua. kete ni just ada auto je tadek manual n bukan special edition punya. so sama dengan myvi biasa 1.3L SX ngan EZ tu je. tak per aa. memang bukan rezeki saya. dan ada hikmah sebaliknya. saya memang nak beli manual. tak nak beli auto. itu hikmah yang paling besar. ok halijah jangan rasa menyesal. pada yang pakai kete ni nanti kalau baik ati kasi aa saya pinjam. nak gak rasa drive kete pink!

2 comments:

syntheare said...

bila aku nengok iklan ni kt paper semalam tetiba teringat kt ko hehe....rugi wooooooo!!!!!!!

crisda79 said...

tak per. bukan SE. yang penting radio kete aku lagi kelaz daripada kete pink tu hehehe..

Lilypie Next Birthday Ticker