Thursday, July 3

.:SepiTheMovie:.

Saya menonton bersama housemate semalam. gerak dari rumah pukul 9.00 malam. tayangan pukul 9.40 malam. sampai je kat kaunter penuh. tak nampak kaunter dah. nampak kepala orang je. orang beratur sampai kat pintu keluar. saya dah risau tak dapat tiket coz datang dah lewat. seat kosong untuk filem tu makin kurang. orang depan saya ramai plak tu. akhirnya dapat gak tiket tapi duk kusi no. 2 depan. seriusly panggung penuh. kusi depan saya (kusi depan sekali) pun ada orang duduk. saya tak tau cam ner perasaan diorang yang terpaksa mendongak lebih pada saya. tapi bagi saya, oleh kerana citer dia best saya tak rasa sakit kepala pun mendongak. betul!

Seriusly citer ni tentang diri awak, awak dan awak semua. saya rasa semua orang pernah melalui semua citer2 dalam filem ni. kalau tidak keseluruhan tapi sebahagian. jalinan cerita yang sangat menarik. saya rasa di bawa bersama ke dalam cerita tersebut. saya cadangkan awak dan awak yang baru putus cinta jangan menonton cerita ini kalau tak nak menangis. sangat sedih. tapi dalam sedih tu sempat pulak saya ketawa. pengarah tak kasi kita terus hanyut di dalam emosi sedih. diselitkan perkara2 lucu yang biasa terjadi dalam kehidupan harian kita. itu bagi saya teknik cerita yang sangat menarik. adunan rasa yang sangat baik.

kalau dari 5 bintang saya bagi 10 bintang. lebih 5 sebab filem ni sangat best. tak mustahil boleh dapat filem terbaik lagi tahun ni. kalau tak caya baik korang pi tonton sendiri. tak rugi saya gerenti.

p/s : personally saya sangat suka lakonan afdlin dan vanida. sangat menjadi. harap2 dapat pelakon lelaki dan wanita terbaik untuk filem ni.

***********
Nota Tangan Kanan : beautiful movie.. all the feelings are blended very well, loneliness, love, happy, thrill, psycho and others... this film makes me cry from the beginning till the end.. cry for sadness, cry for happiness and also cry for the love loyalty.. azwa1365

3 comments:

ud@cit said...

tul kata kak ijah... citer best giler... aku baru jer tgk sabtu lepas...

afdlin hero gemuk yg match dgn semua heroin cantik dlm semua filem lakonannya... (erra fazira, nasha aziz, vanida... etc...)
~ dia pandai bawak watak...

note 1: may be aku pun leh bergandingan dgn awek cun kan kak ijah...? hahahahaha....

note 2: patut la la ni ramai awek cun suka pakwe yg gemuk2.... hehehehe.... (fakta atau auta)

crisda79 said...

ek ele..pasan plak dia ni. huhu..

crisda79 said...
This comment has been removed by the author.
Lilypie Next Birthday Ticker