Tuesday, September 29

Syawal 1430

Semua orang dah citer pasal raya kan. ada yang buat by hari. ada yang buat summary terus n macam2 lagi aa. saya cam maleh plak nak citer pasal raya coz raya saya tetiap tahun sama je. langsung tak beraya ke mana2. maleh pun yer. huhu.. saya kan tak reti bercampur ngan jiran2. kera sumbang! huhu..

Citer raya saya tetiap tahun sama je. buat lemang n rendang. kuih raya pakai tunjuk je. sejak kitaorg keje mak langsung maleh nak wat kuih raya. harap kitaorg beli je. kalau kitaorg tak beli tak makan aa kuih raya. sehari sebelum raya wat lemang ngan rendang. tahun ni wat lemang 7 batang. wat rendang daging 2 kilo n rendang ayam 2 ekor. pagi raya pertama dah abeh! tak sempat nak ulang2 makan lemang. :(

Pagi raya pertama bermula dengan rombongan dari blok lepas solat raya. pastu family pesal datang. tengah diorang duk2 family mak cik saya dari jengka plak mai. datang 3 kete. sekali adap je semua licin makanan. huhu.. tapi tak per. tak bazir kan. belum abeh kemas2 pas family makcik balik family along plak mai. adeh! penat nya. tak sempat kemas dah ada org mai lagi. tengahari tu terbongkang tido. penat!

Pastu hari seterusnya jiran2 datang. ada aa kawan2 sekolah adik mai. kawan2 ayah, kawan2 mak, kawan2 saya yang tak disangka datang bleh plak sesat ke rumah. tq aa korang. ingat gak korang kat aku. yang datang maszuha, edon ngan 4 org anak2 nyer, fizah ngan 2 anaknya tapi sorang je masuk coz sorang lagi tido dalam kete.

Saya seperti biasa balik dari kampung membawa pelbagai tanda di badan. bermula dengan luka kat tangan kena buluh sebab belah lemang. pastu luka kena pisau. luka kena insang ikan. tersayat kulit n macam2 lagi. sib baik darah tak masuk dalam makanan. kalau tak ramai aa raja bersiung kat sg retang tu haha.. saya gak seperti biasa bawak balik tanda2 merah kat badan akibat kena serang dengan nyamuk. tak tau naper elegik betoi ngan nyamuk. dah kena tu gatal ngan sakit tak ingat sampai ke ari ni.

Apa lagi citer raya? tak der dah sebab saya langsung tak ke mana. duk melepek je kat umah makan tak ingat2. oleh itu saya telah mengambil inisiatif berpuasa start dari syawal ketiga. selang sehari. syawal ke 3, 5, 7, 9, 10 (arini) n saya hanya tinggal 1 hari je lagi nak lengkapkan puasa ganti dan puasa 6 saya. horey!

2 comments:

jalilsalleh said...

hoh rugi la baju raya sampai 16pasang tu, tak sempat nak bergayakannya

crisda79 said...

aku tak jalan pun pakai baju raya kat umah..

Lilypie Next Birthday Ticker