Tuesday, July 28

Musim Buah

Balik kampung macam biasa musim2 buah ni memacam buah aa ada kat kampung tu. untung betoi duk kat kampung kan. bleh kata semua pokok buah ada. kalau tak der kat umah sendiri pokok jiran2 sebelah ada. pokok2 buah jiran sebelah pun pokok2 kitaorg gak. hehe.. tapi betoi aa. cam tu aa kalau dah berjiran kat kampung. ala.. lagi pun pokoknya banyak. setakat makan sorang berdua tu tak der nya abeh lah. tak yah aa nak kedekut2 sangat.

kalau yang tak kenal ni buah mata kucing. pokok ni tumbuh sendiri kat belakang umah jiran belah kiri saya. pokoknya besar giler. buah pun banyak. tapi sebab dah banyak sangat tak termakan pun. isinya nipis sangat. makan pun tak rasa apa. so kita sedekah je aa kat burung ngan tupai. sekali2 gatai2 mulut nak makan ambek aa sebijik 2.

Ini plak manggis. pun kat umah jiran belah kiri gak. pokok dia betoi2 kat sempadan umah saya. sebelah pokok nya masuk dalam kawasan umah saya. hehe.. so kitaorg pun menjoli aa makan buah manggis dengan gembiranya. tak der aa. bukan curi. dia dah cakap kalau nak makan ambek je.

Ini plak buah rambutan. yang ni kat umah saya. jangan tak percaya pokoknya tumbuh sendiri je ni. tak der maknanya tanam2 pun. buahnya banyak giler. dahan cam nak patah dah.

Itu yang saya sempat snap la. ada gak buah langsat. jangan kata nak snap rasa pun saya tak sempat. huhu.. buah ujung2 dah pun. saya balik sebelum ni dah masak dah pun sebenarnya. kali ni tinggal ujung2 je. lagipun sebelum ni dah rasa. so takder aa ralat sangat. kalau ada yang tak kenal pokok langsat kang balik kampung lagi saya snap ek. hehe.. umah saya gak ada pokok rambai. buahnya ya ampun. banyak giler. berjurai2. nampak buah je dari daun. tapi belum masak. hijau lagi. lupa plak nak snap. insyallah saya balik minggu depan bleh aa rasa kot. jangan tak caya pokok rambai ni pun tumbuh sendiri. subur betoi tanah kat kampung kan. campak aa apa2 semua idup.

Buah durian? yang ni tadek. pokok ada aa 2 3 pokok. bunga bukan main. tapi buah haram mau lekat bak kata org perak. tak tau apa peel nya. langsung tak mau lekat buahnya. tapi kat umah jiran saya ada 3 ke 4 pokok. bangak2 semua n buah tak agak2. so dapat aa kitaorg merasa makan durian baru turun. serius meriah kalau musim buah. makan buah bawah pokok je. kalau dah petik bawak naik umah kompem buang aa jawabnya. giler berlagak kan. huhu..

3 comments:

jalilsalleh said...

kak ieja saya nak kirim buah rambai tu nanti leh tak?
nak dalam 17 kilometer jadikla. kg saya punya pokok aje bagak, buah tadak

jalilsalleh said...

kak ieja saya nak kirim buah rambai tu nanti leh tak?
nak dalam 17 kilometer jadikla. kg saya punya pokok aje bagak, buah tadak

crisda79 said...

bleh2.. 1 ikat 2 ingget.. hehe.. tak der aa.. nanti dah masak aku bawak kan untuk ko..

Lilypie Next Birthday Ticker