Friday, July 3

Sejuk!

Balik sudah dari bertapa di tempat sejuk tu. apa saya buat? no no no.. bukan bercuti yer.. tapi pergi berjumpa dengan kawan2 sekufu. hehe.. tak moh aa citer pasal tu kan. ni nak citer pasal aktiviti menyelam dan terminum air. namanya pergi ke tempat tinggi harus aa pergi makan stoberi ngan minum teh yang nikmat tu.


Sampai2 je pickup lan ngan zairi terus ke ladang stoberi n kedai jual kaktus. serbey2 sambil ambek2 gambar then terus ke ladang teh cameron velley. nak jadik citer hujan plak. tapi best gak. minum teh panas sambil memerhatikan ladang teh yang saujana mana memandang. sambil2 kita selit2kan aa ngan aktiviti bergosip2. haha.. bila ujan dah renyai2 gagah turun ke ladang teh. nak gak ambek feel hollywood katanya. haha..


Aktiviti memetik stoberi kat ladang stoberi yang terletak di depan hotel je. harganya 1/2 kilo RM20 hengget. petik je aa banyak mana pun coz kalau lebih bayar je. dah namanya petik sendiri kan harus aa carik buah2 yang cantik, segar, merah n besar! sangat seronok mengutip buah di ladang stoberi tu. w/pun agak tidak berbaloi 1/2 kilo untuk rm20 tapi pengalaman menyeronokkan. bukan selalu dapat peluang jadik peladang anggur kan.

Sambil2 petik sambil2 masuk mulut gak. hehe.. antie tu cakap makan sebijik 2 tak per. tak der maknanya sebijik 2.. sorang 3 bijik makan. besar2 plak tu. hehe..

Abeh aktiviti petik stoberi macam biasa aktiviti memborong sayur2 n ubi-ubian. saya tak borong. lan ngan ira yang borong giler2. siap beli ubi keledek ngan jagung lagi. penuh tangan pegang plastik. ira beli bunga lagi. saya dapat sekuntum! gambar time soping tadek coz masing2 tangan penuh. tak bleh nak petik kamera. haha..

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker