Tuesday, July 14

Idea Merajuk

Memula bukak pc tadi hati berbunga2. dalam kepala banyak je nak citer. nak citer tu, nak citer ni. so mesti saya bleh buat banyak entry malam ni. tapi pas bukak pc wawa antar sms. cakap tak jadik nak mai umah malam ni. ingat nak makan kat luar ngan wawa n ina tadi. tapi tak per aa. pas bangun tido yang mamai2 tu saya pun rasa maleh gak nak kuar. masa sms wawa masuk dalam hati duk kata 'cancel!". hehe.. memang betoi pun. so after say ok to her saya gigih masak. lapo giler ni. tengahari tadi tak makan. masak simple2 je. janji bleh makan. oleh kerana tak jadik kuar gak saya jadik basuh kain. memang nak basuh malam ni coz bakul saya dah penuh. tapi bila wawa n ina ajak kuar kena aa cancel n bawak ke hari esok. ni tak jadik saya basuh gak la. sambil masak gigih gak basuh kain.

Sementara sayur atas dapur n kain dibasuh oleh mesin saya on plak iron. kena gosok baju maa.. esok keje. tak kan nak pakai baju tak gosok. malu la. kang orang cakap saya pemalas plak. orang ada anak deret2 sempat gosok baju. saya ni duk sorang2 pun maleh. huhu.. pas gosok baju solat maghrib plak. siap solat baru makan. tu pun dah 8.30 malam. lewatnya makan. tak bleh amalkan selalu ni. gemuk nanti. haha.. pas makan tengok tv sat. kasi nasik turun katanya.

Pas makan sidai baju plak. siap sidai baju ni baru nak sentuh pc balik. 10 minit kelu dan kaku depan pc. nak taip apa ni? mana idea2 yang banyak tadi? agaknya diorang majuk kot. lama sangat tunggu saya buat keje so diorang balik dulu. adoyai! abeh saya nak updated apa ni? eh2 entry ni je dah 3 perenggan. oklah ni kira updated aa gak kan. itulah sajer kawan2 entry merapu sayer menjadik suri rumah beberapa jam. hui! ni baru duk sorang. kalau dah kawen n ada anak deret2 mampu ke nak updated blog bersenang2 cam ni?

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker