26 hari lagi kontrak saya akan tamat. bayang surat sambung kontrak memang tak nampak lagi pun. jangan kata saya, yang abeh kontrak bulan 11 aritu pun tak dapat surat sambung kontrak lagi. risau? tak pun. haha.. sebelum diberhentikan keje or abeh kontrak saya nak kongsi sama2 korang tip2nya. korang perlu membuat perancangan awal (sebelum diberhentikan kerja) dengan mengambil langkah-langkah yang disebut di bawah ini:
1. Sediakan Tabung Kecemasan. Dengan gaji yang sedia ada, ketepikan jumlah wang yang secukupnya untuk menampung perbelanjaan kehidupan selama tiga hingga enam bulan yang akan datang. Ini termasuk perbelanjaan untuk membayar pinjaman rumah, kereta, makanan, persekolahan anak-anak dan lain-lain bil bulanan yang perlu dijelaskan.
2. Berbelanja mengikut kemampuan. Mulakan amalan berjimat cermat dan jangan berbelanja mengikut nafsu. Jika korang sukakan sesuatu barang seperti tas tangan atau kasut yang sedang dijual dengan harga murah tetapi korang tidak perlukannya, jangan sekali-kali melayan nafsu tersebut!
3. Gunakan kad kredit dengan berhati-hati. Jika ada ura-ura bahawa organisasi korang akan membuang pekerja sebagai langkah mengurangkan kos operasi, korang harus berhati-hati di dalam penggunaan kad kredit. Ini bukan masanya untuk menambah hutang yang membebankan apatah lagi dengan kadar faedah pembayaran balik yang begitu tinggi.
4. Semak semula perbelanjaan bulanan. Senaraikan segala hutang-hutang dan bil-bil yang perlu dibayar setiap bulan. Lihat kepentingan perbelanjaan bulanan korang. Jika terdapat perbelanjaan yang tidak begitu penting, keluarkanlah ia dari senarai dengan menamatkan perkhidmatan tersebut.
5. Gunakan wang yang ada dengan sebaik mungkin. Ini bukan masa yang sesuai untuk membazirkan wang ringgit korang. Gunakan wang hanya untuk perbelanjaan yang benar-benar penting. Aktiviti seperti melancong ke luar negara, membeli-belah barang kemas dan barangan berjenama yang mencecah ratusan atau ribuan ringgit eloklah dielakkan pada waktu ini.
6. Luaskan rangkaian korang. Selagi korang masih berada di dalam alam pekerjaan, ambil peluang tersebut untuk meluaskan rangkaian pergaulan, terutama dengan pelanggan-pelanggan organisasi atau sesiapa sahaja yang berpengaruh yang boleh membantu korang. Perkenalkan diri, beritahu tugas yang korang lakukan di dalam organisasi korang dan hulurkan kad perniagaan (business card) secara spontan. Minta kad perniagaan mereka, jika mereka tidak keberatan untuk memberi. Ini akan memudahkan korang menghubungi mereka, jika keadaan memerlukan korang berbuat demikian.
7. Teruskan menimba ilmu. Sesetengah organisasi amat mengambil berat tentang kualiti pekerja dan menawarkan beberapa program ilmuan kepada pekerja yang berminat untuk menimba ilmu sambil bekerja. Jika organisasi korang ada menawarkan program seperti ijazah di dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan organisasi korang, jangan lepaskan peluang tersebut. Pilihlah bidang yang korang minati dan tambahkan lagi ilmu pengetahuan korang. Tindakan ini dapat membantu korang menguatkan lagi resume korang apabila keadaan mendesak korang untuk mencari pekerjaan baru.
8. Mula cari pekerjaan baru. Tidak semua organisasi bertindak untuk mengurangkan tenaga kerja. Di dalam keadaan tertentu seperti ingin mengembangkan atau memperbaiki perkhidmatan yang sedia ada atau mencari pengganti pekerja yang telah berhenti kerja, ada sesetengah organisasi yang masih memerlukan tenaga kerja baru. 'Buka mata dan telinga' dengan perkembangan sebegini dan jika kekosongan tersebut menepati kemahiran yang korang miliki, jangan buang masa. Teruskan dengan permohonan korang, apatah lagi jika tawaran tersebut lebih baik daripada apa yang korang terima sekarang.
9. Luaskan skop mata pencarian. Pencarian pekerjaan korang tidak harus terhad di bumi Malaysia sahaja. Jika korang mempunyai kenalan yang bekerja di luar negara, rajin-rajinlah bertanya tentang peluang pekerjaan di sana. Jika tiada, layari sahaja internet untuk mencari peluang pekerjaan yang terdapat di negara-negara yang sedang hebat membangun seperti Abu Dhabi, Dubai, Qatar dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment