Macam kitaorg plak yang kenduri. meriah ko. kami meraikan pengantin en. pesal ngan pn. aini (eh betoi ke nama isteri dia ni ek?). pengantin laki ni anak jiran sebelah umah je. yelah kan dah namanya perantau jiran2 dah macam sedara sendiri. lagi2 en. pesal ni sebaya adik saya no. 2. satu sekolah sampai ting. 3 pun. dulu kecil2 teman sepermainan lagi. so kitaorg sama2 aa meraikan hari bahagia mamat ni.
Meriahkan. Ramai yang datang. biasa aa kenduri kat kampung. semua masih buat sendiri. konsep rewang kata org. makan je layan diri. kalau dulu2 makan pun org hidang. la ni tak der dah. maklum aa dah tua2. tak larat dah nak melayan macam memuda dulu.
Ni aa pengantinnya. namanya en. pesal. dia tengah dukung adik bongsunya si ain.
Sangat bz kan. ni depan umah saya. pengantin berarak dari umah saya. sampai je dari lipis rehat2 dulu kat umah saya sebelum pi umah pengantin. pengantin salin baju n siap bagai kat umah saya.
Pengantin laki tak sabo2 nak berarak. haha.. masa ni dah nak mula berarak tapi terbantut coz ada plak 2 kete rombongan diorang tersesat. tak jumpa umah. so kena aa tunggu sat. umah kitaorang yang senang ni pun tak jumpa. pelik2. huhu..
Oleh kerana dah nak kul 1.30 ptg diorang jalan gak dulu. lambat sangat nak tunggu orang2 sesat tu. ni aa pengantin nyer. en pesal ngan isterinya. panjang toi mamat ni. nampak kecik je bininya. eh mak! la.. mak saya jadik pengapit plak dah. haha..
Dah akhir sekali mesti aa jaja gambar sendiri kan. ni gambar kitaorg 3 beradik ngan kakak ngan adik en. pesal. bergambar dalam bilik pengantin. sambil2 tu tolong isikan bunga telur dalam paper beg. ramai plak yang jenguk bilik tu nak tengok pengantin. masing2 apa lagi ngaku lah pengantin. haha..
No comments:
Post a Comment