Hari ni 6 dis birthday seorang sahabat baik saya namanya apis. saya kenal apis masa saya masih belajar lagi. dah lama kan. saya abeh belajar dah 4 tahun maknanya saya kenal dia lebih dari 5 tahun dah. saya kenal dia dari chatting kat miRC. selama saya kenal dia, dia seorang kawan yang sangat baik. kawan sedih n gembira. tapi sebenarnya w/pun kitaorg dah kenal lama saya baru jumpa dia sekali.
14 Jan 2007 adalah kali pertama saya jumpa dia. kitaorg jumpa kat KLCC. masa tu saya masih duk kat KL. dia datang ngan seorang kawan perempuan nya. kebetulan dia dah nak balik batu pahat. so jumpa pun tak lama sebab dia nak balik dah.
Yang paling saya suka dia ni suka nasihatkan saya n suka berterus terang. may be sebab tu kitaorg bleh masuk w/pun dia muda dari saya. hari ini umur apis genap 24 tahun. kalau nak dibandingkan dengan saya sangat jarak beza umur kitaorg. apis lebih muda dari umur adik saya yang bongsu!
Apis ni suka merajuk tau. pastu mula lah ngadu2 ngan saya. macam adik je. bezanya dia tak panggil saya akak. just panggil nama je. yang paling best dia ni pakai celcom semata2 sebab nak senang call saya!
Sekarang apis dah makin matang. sesuai ngan umurnya yang dah makin bertambah. dah dapat kerja yang bagus n kitaorg agak jarang kontek pun sekarang. sesekali je email kami singgah menyinggah. mungkin masing2 dah makin bz.
Sempena hari jadi apis ke 24 ni saya sampaikan sesuatu padanya. dah lama saya berhajat tapi kali ni baru terlaksana. harap apis suka dengan pemberian saya. untuk apis selamat hari jadik ke 24, semoga Allah sentiasa lindungi ko selalu n diberkati serta bahagia sentiasa. Aku gembira jadik kawan ko!
Happy Birthday 2 U..
Happy Birthday 2 U..
Happy Birthday 2 apis..
Happy Birthday 2 U..
No comments:
Post a Comment