Tuesday, December 16

Masuk Hospital Lagi

Mula 4 Disember mak kena tahan kat hospital lagi. dia punya luka pembedahan bernanah. kata doktor ada jangkitan kuman. mak macam biasa tak nak kasitau sebab dia tau saya memang nak balik 6hb tu. kalau tak sure saya kelam kabut nak balik awall hehe..lepas kenduri iryd saya pecut ke hospital jerantut.


Mak oii jem nya tuhan je yang tau. jadiknya tak bleh aa nak pecut2 kan. slow je. nasib baik tak ngantuk. saya mula aa buat keja mengarut2. makan la. ambek gambar sendiri la. lap2 keta sket. sib baik jem dia tak berenti terus. jalan tapi sangat slow. penat kaki ni main cluth ngan gear.

Dah aa janji ngan ayah kul 5.00 ptg tapi kul 5.00 ptg saya tak sampai genting sempah pun lagi. kete semua jalan cam siput je. yang peliknya lepas genting sempah terus lancar. tah apa yang buat jadik jem saya pun tak tau. sampai simpang jantut tepat2 kul 6.30 ptg. singgah sat solat kat masjid jantut pastu terus pecut ke hospital.

Mak dah makin sihat. dah tak der rasa nak demam. dia nak mintak balik gak 7hb tu sebab 8hb kan raya haji. sedihnya kalau kena raya kat hospital kan. lepas beramas mesra ngan mak dalam kul 8.30 mlm saya balik.

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker