Saturday, May 9

Belek2 Exora

Jumaat masa rehat ikut ira pi kamdar kat diplomatik. dia nak beli kain untuk buat baju. a'ah la. saya pun nak beli kain gak aa. nak buat baju. nanti aa gaji saya pi serbu. beli dalam 4 5 helai ke. banyak? mana der banyak. saya dah buang lebih dari 10 pasang baju aritu. 4 5 helai kain pasang sket aa tu. just nak ganti balik baju2 yang dah saya buang tu. tu pun ada 4 pasang lagi kat almari tu nak buang. dah ketat la. saya kan dah gemuk. huhu..

Masa lalu kat kamdar tu intai dalam showroom proton tu. kot2 aa ada exora. bleh tgk dekat2 kan. bleh aa feeling2 duk dalam tu. hehe.. ye kawan2 ada exora dipamerkan dalam tu. so balik dari kamdar terus singgah kat showroom tu.


Masuk2 je terus bukak pintu exora dan duduk. ira duk belakang, kak jie plak duk sebelah saya. saya drive la. haha.. feeling2 bawak exora masing2.

Besar giler aa exora ni. cam takut je nak bawak. tapi kalau tak pandang belakang saya rasa saya bleh bawak. kalau pandang belakang sayup je. terus takut nak bawak. haha..

Nak beli? huii la hai.. beso no korang. memang aa murah kan. tapi tak sanggup nak bawak. sure susah nak parking. lelagi aa bagi saya yang dah biasa bawak kete comel2 ni.. main selit2 je kalau bawak kete comel ni. bawak exora mau berpeluh2 n berjam2 lah saya nak parking. dah aa carik parking pun susah. haha..

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker