Melawat2 blog yang saya jadik silent reader. tetiba nampak satu tag. n tetiba rasa nak buat. hehe.. rule dia cam ni
[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this.]
SATU.
Kawan2 non muslim susah sangat nak sebut nama saya. selalu saya akan jadik haliza dari halijah. penah satu ketika seorang klien dari penang faxkan sesuatu pada saya. penat tunggu fax yang tak sampai2 saya decide naik atas carik fax tu. dia tulis to: pn. halizah. huhu.. patut aa tak sampai pada saya.
DUA.
Saya adalah sangat kurus time belajo2 dulu. betoi! masa darjah 6 berat saya cuma 21kg n bila abeh degree plak berat saya hanya 39.5kg! sekarang telah kembang semangkuk huhu..
TIGA.
Tak suka orang kacau saya tido. bagi saya waktu tido adalah waktu rehat paling penting dalam kehidupan. n satu lagi sebab saya juga tak suka kacau orang tido. saya tak kan kejut org yang sedang tido selagi dia tak bangun sendiri or ada hal2 urgent. serius!
EMPAT.
Orang kata saya obses ngan kaler pink sebab suka beli benda2 kaler pink. saya ada laptop kaler pink n dalam proses nak beli kete n kamera kaler pink. hehe.. sebenarnya saya tak obses pink. saya suka kaler pink sebab ramai org tak suka pink. saya suka benda2 yang org tak suka sebab lain dari yang lain.
LIMA.
Mak kata saya sendiri gelarkan diri akak. padahal sepatutnya bagi orang perak kakak yang sulung digelar yong. mungkin pengaruh rakan sebaya lah kot. haha.. sampai ngan kucing pun saya gelarkan diri akak. hehe..
ENAM.
Dalam sehari saya wajib makan nasik sekali. kalau tak perut akan rasa sebu n tak sedap. selalu saya akan makan nasik tengahari. malam bleh aa makan benda2 lain selain nasik.
TUJUH.
Masa umur 16 tahun saya baru pandai bawak motosikal. umur 26 tahun plak baru bleh drive kete. agak2 umur 36 tahun saya bleh bawak apa ek? bawak lori mungkin. hehe..
LAPAN.
Dengan tak malunya bleh makan sorang2 kat mana2 kedai or gerai or restoren. ala.. nak makan je, apa nak malu. kita bayar apa. lagipun org tgk je. bukan luak. huhu..
SEMBILAN.
Akan sesak nafas kalau baring telentang. oleh itu saya tak bleh tido dalam keadaan telentang. saya boleh tido meniarap atau mengiring sahaja. kalau panas sangat seksa sebab angin tak kena kat badan. huhu..
SEPULUH.
Suka birthday saya yang ke 21 sebab hanya ada no. 2 & 1 sahaja. menyambut hari jadi ke 21 pada pada 21 hb 1 tahun 2001 pada tahun pertama (1) abad ke 21. hehe.. cantik kan no2 2 & 1 tu.
SEBELAS.
W/pun duk kat kampung saya tak penah mandi kat bilik air yang terletak di luar umah cam dalam citer2 kat TV tu. mungkin sebab kitaorg adik beradik semua pompuan. ayah risau kalau kitaorg mandi kat luar org so dia buat bilik air dalam umah sajer.
DUA BELAS.
Suka baca majalah, surat kabo, buku or apa2 bahan bacaan dari belakang. tapi bukan aa baca terbalik ek. maksudnya baca cerita2 di belakang dulu baru baca citer2 kat depan. hehe.. kalau novel baca ending dulu (bab akhir) baru baca permulaan. kalau best baru teruskan pembacaan.
TIGA BELAS.
Paling tak suka susahkan orang. selagi bleh buat sendiri saya akan usaha buat sendiri dulu. kalau terdesak baru mintak tolong orang. sebab apa? sebab saya tak suka orang susahkan saya la. hehe..
EMPAT BELAS.
Hati saya tenang kalau tengok kucing menunduk. tak tau naper. habit kot. kucing nampak sangat kiut kalau dia tengah menunduk bagi saya. Saya sangat sayangkan binatang. kalau balik kampung nampak kumpulan lembu jauh lagi saya dah break n mulut bebel2 suh dia ke tepi sebab takut dia kena langgar.
LIMA BELAS.
Kawan2 rapat tau saya sangat takut ngan kipas syiling. lelagi kalau di pasang masa saya tgh tido. saya takut kalau dia pusing laju2. paling kuat bleh pasang no. 2 je. saya akan rasa kalau ada org pasang kipas time saya tido lebih dari no. 2. dan2 tu bangun n slowkan. naper? saya takut dia jatuh kat atas saya. huhu.. cam bebudak.
ENAM BELAS.
Selalu akan terkejut n pelik kalau ada bebudak laki zaman2 sekolah dulu jumpa saya n tegur coz zaman sekolah saya tak penah kawan ngan lelaki. naper ek diorang nak berbaik ngan saya sekarang? haha..
Ok dah siap. nak tag sapa ek? oklah sebab saya pun buat secara suka rela so tak nak aa tag sapa2. sapa rajin nak buat bleh buat. sangat dialu2kan. :))
No comments:
Post a Comment