Abeh citer ari jumaat kita citer pasal ari sabtu plak. ramai kawan2 yang tahu sabtu aritu gue ke konsert akademi fantasia. wah tak pasal2 kan. sajer lah kan. namanya tak der keje katanya. nak gak rasa kemeriahan konsert yang dikata2 tu kan. wah memang meriah. menjerit2 dalam dewan. sangat sonok n fun.
Kita layan gambar plak ek. penat dah nak naip panjang2.
Memula sampai. jalil suh parking kat parking A. rupanya jauh ko parking A tu ngan dewan. tapi tak per. eksesais. haha..
Aktiviti mengambil tiket. oleh sebab saya yang booking tiket so saya kena ambek. sebab dia perlukan credit card ngan IC saya. tapi bebudak ni kat belakang sangat bersemangat. cam tak sabo2. tengok aa cyn tu. haha..
Tara.. dapat 6 tiket. untuk saya, cyn, nora, jalil, cik amani ngan yut. teruja2 huhu..
Bukti kami pergi ke konsert af. masa masuk dia kasi kitaorg seorang satu sekotak brand inner shine. penaja lah katakan. tapi pompuan je dapat. sorry jalil hehe..
Excited2. masa ni tak penuh lagi orang. so tak malu nak bergambar gambaran. lagipun bila dah mula konsert memang tak bleh ambek gambar. dilarang sama sekali ye kawan2.
Tu aa stagenya. nampak banyak kerusi kosong kan depan kitaorg. dah kul 8.30 cam tu dia suh semua yang kat belakang penuhkan kerusi depan. berebut2 semua nak duk depan. sapa masuk lewat memang duk belakang aa w/pun tiketnya di depan. nasib lorr.. org suh masuk sebelum 8.20 lorr.. masuk lewat duk belakang ek. haha..
Ni masa dah akhir konsert. lepas AC cakap "kita berjumpa lagi minggu depan dengan 13 pelajar akademi fantasia" masa tu semua org dah bangun2 ambek gambar. kitaorg pun apa lagi. bangun aa ambek2 gambar segala..
Time penyingkiran. adila tengah salam ngan kawan2 dia. babai adila..
Wah sangat seronok. cyn ajak pi lagi minggu ni. katanya minggu ni baru lepas gaji. so agak kaya. bleh aa pi lagi. wa no hal. pi tetiap minggu pun wa on je. haha..
No comments:
Post a Comment