Dah lama umah saya tak berkucing. suatu hari (ayat kamus!) ada orang kasi kitaorg (saya ngan cyn) kucing 2 ekor. memula mintak dua2 jantan. so dengan konfidennya orang itu telah memberi 2 ekor kucing. kebetulan masa kucing dihantar saya pi outstation. so balik2 umah kucing2 dah ada. masa saya check jantina kucing tu saya pasan seko adalah betina. tapi bila cyn cakap kucing2 tu dua2 jantan saya percaya je lah.
Suatu petang (ayat kamus lagi) cyn belek2 jantina kucing tu semula. tetiba dia cakap,
"kucing ni betina la"
"kan aku dah cakap kucing tu betina aritu" jawab saya sambil sibuk gak belek2 kucing tu.
"apa aa orang itu, tak pandai tengok jantina kucing" kata cyn
"macam mana ni, nanti dia beranak" tambah cyn.
Saya memang suh pulangkan je kucing tu memula. pulangkan tak yah ganti pun tak per. kucing betina, kang beranak susah. beranak tu tak per aa lagi. nak bela anak2 dia tu yang haru. nak buang sayang plak. tapi bila pikir balik sayang plak. kucing betina tu dah manja2 ngan kitaorg. so saya ngan cyn decide nak kasi kucing betina tu makan pil perancang je. mak su saya cakap kasi dia makan 2 minggu sekali je. sure dia tak mengandung. nak kasi kesian. kang langsung jadik bodoh2 alang. huhu..
Dan selepas sekian lama tangan tak dicakar kucing, saya kena cakar. saya suka kucing cakar saya. tak tau naper. rasa dia sangat manja ngan saya je. sakit? tak der aa. bukan dia gigit n cakar betoi2 pun. dia cakar2 manja je. try aa kalau tak caya. haha..
No comments:
Post a Comment